Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota akan terus berjuang demi mempertahankan hak keatas penjaja penjaja disini, yang berterusan ditindas oleh penganjur yang sedia ada. Persatuan Penjaja disini akan terus memainkan perananya sebagai sebuah persatuan yang akan menjaga dan membela nasib penjaja penjaja di Uptown Danau Kota ini, walau pun berbagai bentuk tindakan telah dilakukan, namun tidak menampakkan sebarang kejayaan.
Tindakan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang mengikut protokol tidak diendahkan oleh pihak DBKL yang seolah oleh mencabar kewibawaan Persatuan dan sekali gus mencabar kewibawan 333 penjaja Melayu disini.
Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota akan sanggup berbuat apa sahaja unutk mempertahankan hak
mereka. Selain daripada berpiket yang terbaru pada 26 Jun 2012 penjaja penjaja dibawah payung Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.
Hampir 2 minggu pekara ini telah dilaksanakan, namun hingga kini tiada sebarang bentuk pembelaan daripada pihak atasan terhadap 333 penjaja penjaja di Uptown Danau Kota. Pihak penganjur tetap dengan agendanya, DBKL tetap dengan keputusannya menyokong kepada pihak penganjur sementara penjaja terus tertekan dengan sikap pihak atasan yang tidak mengambil tahu tentang nasib mereka disini.
Sikap pihak atasan yang memperlakukan kepada 333 penjaja disini SEPERTI ANJING BUSUK KEPALA, maka dengan ini Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang dibantu oleh NGO IKHLAS, akan menghantar satu sanarai nama nama pelesen yang tidak dapat memperbaharui lesen akibat daripada melakukan protes terhadap penganjur dan pekara ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat sebagai tindakan susulan.
Jika usaha ini masih lagi menemui jalan buntu, Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota Taman Setapak Indah Kuala Lumpur bersama 333 penjaja tidak akan teragak agak untuk mengemukakan masalah ini secara resmi kepada PARTI PEMBANGKANG dan bertindak meminta bantuan GUAMAN daripada pihak PEMBANGKANG untuk menyelesaikan masalah Uptown Danau Kota, yang telah berlarutan selama lebih daripada setahun.
333 penjaja dibawah payung PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA lebih rela MENAIKKAN BENDERA PEMBANGKANG diseluruh pelusuk kawasan aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini, daripada AKUR dengan kehendak PENGANJUR AHMAD SELAMAT dan KEHENDAK DBKL yang bersetongkol dengan KEGIATAN PENINDASAN PENGANJUR.
Apalah ada dengan SLOGAN yang bagus seperti BERSIH CEKAP AMANAH, CEMERLANG GEMILANG TERBILANG atau pun RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, sedang perlaksanaan tidak menepati sebagaimana yang dislogankan. Terbukti pemimpin pemimpin Melayu diperingkat atasan hari ini, masih lagi mengekalkan PRINSIP MELAYU LAMA iaitu DAGANG LALU NASI DITANAKKAN, SUAMI PULANG KEBULUR TAK MAKAN, KERA DIHUTAN DISUSU SUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KEBULURAN. Rakyat tempatan merintis, mengeluh dan mengadu kesana kemari seperti ANJING MENYALAK BUKIT namun tiada siapa pemimpin pemimpin atasan yang ingin ambil tahu dengan masalah kami 333 penjaja Uptown Danau Kota ini.
Oleh itu kami penjaja penjaja Uptown Danau Kota tidak akan menyokong kepada SLOGAN daripada seseorang pemimpin. Kami akan menyokong kepada perlaksanaan oleh PEMIMPIN yang benar benar menjalankan kewajipan dan menjaga kebajikan rakyat, walaupun pemimpin itu tidak mempunyai sebarang SLOGAN. Itulah jenis pemimpin yang kami citakan.
" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "
Sekian Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan