PEMBOHONGAN PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA DIDALAM KENYATAANYA
DI AKHBAR SINAR HARIAN YANG BERTARIKH 3 FEBRUARY 2012.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari Blog ini. Halaman ini akan membongkar satu PEMBOHONGAN yang dibuat oleh Penganjur Uptown Danau Kota Iaitu En Ahmad bin Selamat kepada kepada Sinar Harian untuk tatapan umum.
Penjganjur Uptown Danau Kota En Ahmad bin Selamat ( Seperti didalam gambar diatas duduk dibarisan hadapan no 3 dari kanan) telah membuat kenyataan BOHONGNYA didalam akhbar Sinar Harian yang bertarikh 3 February 2012.
Walaupun kenyataan yang dibuat oleh Pennganjur ini telah berlalu lebih dari 4 bulan yang lalu, namun ianya tetap satu PEMBOHONGAN dan perlu didedahkan untuk penilaian umum. Pembohongan Penganjur ini akan dibuktikan satu persatu didalam Blog ini melalui segala dokument yang datang dari beliau sendiri.
Segala bukti pembohongan ini akan dihubungkan dengan satu pautan dihalam Blog ini dan anda hanya cuma klik sahaja kepada pautan yang telah dibuat.
1) KOTAK MERAH NO 1
Larangan Penganjur Ahmad Selamat kepada pihak luar berhubung dengan Uptown Danau Kota adalah satu kenyataan dari seorang penganjur yang TIDAK CERDIK dan secara jelas menunjukan kepada umum bahawa beliau adalah seorang penganjur yang bersikap KUKU BESI, sedangkan perundangan dinegara kita tidak pernah melarang RAKYATNYA BERPESATUAN. Kerajaan negara Malaysia juga tidak pernah melarang sesebuah badan NGO untuk membuat pembelaan keatas mana mana pihak yang ditindas.
Kenyataan Ahmad Selamat diatas adalah semata mata untuk memudahkan beliau bersama sekutunya berterusan menjalankan aktiviti PENINDASAN mereka terhadap 333 penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini. Kenyataan beliau bahawa Persatuan yang di pengerusikan oleh beliau ini adalah dilantik oleh DBKL dan diminta menghormatinya.
Berdasarkan daripada fahaman ini maka beliau telah melakukan berbagai bagai salah laku terhadap 333 penjaja di Uptown Danau Kota. Ini terbukti disini dan sila kelik. Anda boleh melihat didalam pekara 1, 2, 3,6, 10, 11, 14. 15, 23, 26, 31 dan 49. Anda juga boleh kelik disini dan lihat didalam pekara 1, 2, 3, 4, 9, 10, 11 dan 12, satu lagi bukti anda boleh kelik disini, dan satu lagi bukti anda boleh pergi kelik disini.
Setelah anda melihat dengan mata kepala anda bukti dalam bentuk surat yang didatangi sendiri oleh penganjur Ahmad Selamat ini apakah anda mampu untuk menghormati penganjur ini ??? Pihak atasan DBKL perlu MENCELIKAN mata mereka dalam pekara ini.
2) KOTAK MERAH NO 2
Dakwaan penganjur didalam pekara yang kedua diatas adalah tidak benar sama sekali. Jumlah kutipan Rm 1.5 juta cuba kelik disini dan cari dalam pekara 8, yang mana selama 6 tahun penganjur telah membuat kutipan berjumlah Rm 9 juta, apakah bentuk kebajikan yang disalurkan oleh penganjur kepada 333 penjaja disini ???
Dalam jangka masa 6 tahun penganjur ini menerajui Uptown Danau Kota dengan jumlah kutipan secara kasar Rm 9 juta, seharusnya sebuah Koperasi untuk penjaja telah ditubuhkan. Memandangkan 98% daripada penjaja disini adalah menjalankan kegiatan perniagaan secara sepenuh masa seharusnya pihak penganjur menyediakan Insuran terhadap mereka. Penganjur yang benar benar menjaga kepentingan penjaja seharusnya menyediakan satu tabung kecemasan untuk 333 penjaja yang menjalankan aktiviti disini dan banyak lagi yang boleh disediakan oleh penganjur, jika benarlah beliau Ahmad Selamat ini adalah penganjur yang perihatin terhadap kebajikan penjaja sebagai mana yang didakwanya diatas.
Fakta kenyataan bahawa penganjur Ahmad Selamat tidak menjaga kebajikan ini ditambahkan dengan bukti seperti ini. Sila kelik disini, dan cari dalam pekara 4. Anda juga boleh melihat dsini, kelik sini dan anda juga boleh kelik disini.
Kesimpulan dakwaan penganjur Ahmad Selamat tidak memainkan peranan sebagai penganjur dan sekalu gus gagal adalah memang benar dan berasas.
3) KOTAK MERAH NO 3
Penganjur Ahmad Selamat sering kali membuat kenyataan yang MEMPERBODOHKAN dirinya sendiri. Kenyataan diatas adalah satu kenyataan yang boleh dianggap kelakar dari seorang yang bergelar penganjur dan diiktiraf oleh DBKL.
Persoalan dari kenyataan beliau diatas dalam bentuk apakah promosi mengenai Uptown Danau Kota dibuat sampai keluar Negara ??? Apa yang kita lihat terbukti dalam Negara pun tiada. Sebagai contoh pernahkah anda terjumpa atau melihat pamphlet atau brochure mengenai Uptown Danau Kota dimana mana tempat pelancungan didalam Negeri atau pun dihotel hotel ???
Adapun bentuk promosi yang boleh kita lihat didalam laman sosial Facebook anda boleh kelik disini yang mana sebagai anda lihat last update pada 23 November 2011 dan terkini update pada 3 Jun 2012, apakah ini yang dimaksud promosi sampai keluar Negara ???
4) KOTAK MERAH NO 4
Dalam kenyataan penganjur Ahmad Selamat diatas kemungkinan beliau menyangkakan bahawa Akhbar Sinar Harian ini dipasarkan di Negara Konggo, yang mana orang orang disana tidak mengetahui dan melihat keadaan sepanjang malam di Uptown Danau Kota ini. Jika benar sebagaimana apa yang dinyatakan oleh beliau seperti diatas, kehadiran pengunjung mencecah kepada 5 ribu hingga 30 ribu pengunjung sepanjang malam, dipercayai laluan masuk ke Uptown Danau Kota sejauh 1 KM lagi telah mengalami kesesakan.
Ahmad Selamat berkata, penganjur telah menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Dari segi keselamatan sememangnya Uptown Danau Kota adalah kawasan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang selamat untuk dikunjungi.
Dari segi kebersihan jika anda mengunjungi Uptown Danau Kota pernahkah anda terlihat atau melihat dimanakah lokasi TONG SAMPAH ??? Ini juga dapat dibuktikan dengan aduan penduduk sekitar mengenai sampah yang bertaburan daripada pengunjung Uptown Danau Kota dan sebagai bukti KEGAGALAN PENGANJUR menjalankan tanggung jawabnya. Anda boleh kelik disini.
Dari segi kesesakan sememangnya tiada pemantauan trafik yang dibuat. Ahmad Selamat hanya meletakan KUN sebagai pemantau trafik, ini terbukti jika anda mengunjungi Uptown Danau Kota anda akan melihat KUN disusun ditepi laluan masuk ke Uptown ini yang kononya berfungsi sebagai PENCEGAH KESESAKAN. Akibat daripada ini kesesakan yang amat sangat akan berlaku pada waktu puncak dari pukul 11 malam hingga ke pukul 1 pagi. Pekara ini telah menyebabkan kewujudan Uptown Danau Kota tidak disenangi oleh penduduk sekitar dan 333 penjaja menjadi mangsa dengan waktu perniagaan telah disekat kepada 5 hari seminggu. Penganjur lepas tangan.
5) KOTAK BIRU NO 1
Kesesakan yang berlaku sepanjang aktiviti ini adalah sementara dan akan kembali pulih selepas 6 jam waktu aktiviti ini dijalankan, adalah satu kenyataan daripada seorang penganjur yang tidak bertanggung jawab keatas sensitivity penduduk sekitar. Sebagai penganjur yang betanggung jawab masalah ini perlu menjadi keutamaan untuk diatasi.
Penganjur yang akur dengan kehendak DBKL adalah benar kerana segala aktiviti PENIDASAN keatas 333 penjaja di Uptown Danau Kota ini telah disokong oleh JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL. Ini dapat dibuktikan kepada anda dengan kelik disini dan lihat didalam pekara 2 menjual canopy dengan harga 3 x ganda, pekara 3, pekara 4 pegawai N32 dari DBKL menaikan kadar caj perhidmatan kepada Rm 300, pekara 14 dalam mesyuarat yang tidak sah sekali lagi pegawai N32 DBKL menetapkan Rm 230 sebagai caj perhidmatan untuk penganjur, dalam pekara 15. pekara 23 dan pekara 31 segala surat ugutan yang telah di SK kepada pegawai DBKL tiada mendapat bantahan daripada pihak DBKL.
Anda juga boleh pergi kehalaman ini kelik disini dan lihat dalam pekara 2 dan 3, segala surat UGUTAN semua di salinan kepada pegawai DBKL dengan tidak mendapat tegahan daripada pihak DBKL. dalam pekara 4, sampaikan kutipan JAMBAN pun DBKL setuju untuk penganjur ini jadikan sumber pendapatan. Dalam pekara 5 juga DBKL bersama penganjur ingin menjadikan satu sumber pendapatan.
Kelik disini lagi bukti bukti yang mana pihak DBKL telah seiring menyokong aktiviti penindasan oleh penganjur terhadap 333 penjaja disini.
Dengan segala bukti yang ditunjukan tadi sememang logik pihak penganjur Ahmad Selamat ini AKUR dengan segala KEHENDAK (diharap tidak ada RASUAH) pihak JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL.
Menyentuh soal cuti 2 hari yang ditetapkan oleh DBKL penganjur Ahmad Selamat ini menyatakan beliau juga turut akur. Dari sudut pihak penganjur kehendak dan ketetapan daripada DBKL mengenai pekara ini adalah menjadi satu keselesaan bagi penganjur dengan cuti 2 hari, kerana ini tidak memjejaskan pendapatan penganjur. Sebaliknya ketetapan ini telah memberikan keuntungan kepada pihak penganjur Ahmad Selamat, kerana dapat mengurangkan KOS PENYELENGGARAAN 8 hari sebulan.
Anda juga boleh pergi kehalaman ini kelik disini dan lihat dalam pekara 2 dan 3, segala surat UGUTAN semua di salinan kepada pegawai DBKL dengan tidak mendapat tegahan daripada pihak DBKL. dalam pekara 4, sampaikan kutipan JAMBAN pun DBKL setuju untuk penganjur ini jadikan sumber pendapatan. Dalam pekara 5 juga DBKL bersama penganjur ingin menjadikan satu sumber pendapatan.
Kelik disini lagi bukti bukti yang mana pihak DBKL telah seiring menyokong aktiviti penindasan oleh penganjur terhadap 333 penjaja disini.
Dengan segala bukti yang ditunjukan tadi sememang logik pihak penganjur Ahmad Selamat ini AKUR dengan segala KEHENDAK (diharap tidak ada RASUAH) pihak JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL.
Menyentuh soal cuti 2 hari yang ditetapkan oleh DBKL penganjur Ahmad Selamat ini menyatakan beliau juga turut akur. Dari sudut pihak penganjur kehendak dan ketetapan daripada DBKL mengenai pekara ini adalah menjadi satu keselesaan bagi penganjur dengan cuti 2 hari, kerana ini tidak memjejaskan pendapatan penganjur. Sebaliknya ketetapan ini telah memberikan keuntungan kepada pihak penganjur Ahmad Selamat, kerana dapat mengurangkan KOS PENYELENGGARAAN 8 hari sebulan.
6) KOTAK BIRU NO 2
Saranan penganjur Ahmad Selamat agar peniaga dan penjaja patuh dengan segala arahan, telah menampakan seolah olah penganjur ini BERTEPUK TANGAN dengan kejayaan beliau MEMPERBODOHKAN kakitangan DBKL terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA.
Dengan segala kenyataan yang telah kami pamirkan disini, jika penganjur Ahmad Selamat menyangkali dengan segala fakta dan bukti yang ada, PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA MENCABAR penganjur iaitu Ahmad Selamat untuk diadakan DEBAT.
Sekian Terima Kasih
" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "
Mana ada berani penganjur Ahmad Selamat mahu berdebat dengan Persatuan Danau. Ketua Penyamun dan Sifu Ahmad Selamat, Gedebei Unta Tua pun tak berani masa Majlis Kesyukuran Kejayaan Mengutip Duit SumbangMahram hari Ahad 01/07/2012. Sudah pasti banyak persoalan bersama fakta dan bukti tak terjawab.
BalasPadam