SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Khamis, 5 Julai 2012

PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN MANGSA PELAYARAN TITANIC. MATI KESEJUKAN

ISU BB PLAZA
UPTOWN DANAU KOTA

Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. – BERNAMA


Hasil daripada tindakan UDA Holding mengusir peniaga peniaga yang kebanyakanya dari kalangan Bumiputra, keluar dari BB Plaza, wakil daripada peniaga disini telah mohon jasa baik NGO IKHLAS untuk menangani isu ini. Campurtangan NGO IKHLAS telah memimpin peniaga peniaga disini sehingga ke Putrajaya menyerahkan satu Memorandum kepada Perdana Menteri, lihat disini dan untuk melihat video peristiwa itu kelik sini

Selang tidak sampai seminggu selepas penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri  keputusan untuk tidak merobohkan BB Plaza telah pun dibuat dan berita ini telah tersebar di dalam My Metro, lihat disini. Dengan keputusan ini peniaga peniaga BB Plaza akan terus mengecapi suasana perniagaan seperti biasa.

Sebaliknya pula yang berlaku di Uptown Danau Kota, semenjak daripada tahun lepas lagi 333 penjaja berlesen, yang menjalankan perniagaan mereka di atas tapak PARKING, dipinggir kota yang mana kegiatan perniagaan mereka diwaktu tengah malam, telah berjuang mempertahankan HAK mereka, namun kini tiada siapa yang ambil peduli dengan nasib mereka.

Demi memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mengharapkan perhatian daripada mana mana PARTI POLITIK, mereka telah MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI PARLIMEN WANGSA MAJU. Anda boleh lihat disini . Sebelum daripada itu, demi mempertahankan HAK mereka, penjaja penjaja ini telah membuat bantahan terhadap terhadap Wee Choo Keong, anda boleh mendapat info mengenai pekara ini disini. Malah berbagai usaha mereka MEMERANGI PENINDASAN YANG DILAKUKAN OLEH PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA DAN SEKUTUNYA terhadap 333 penjaja disini, namun tiada mendapat sebarang simpati daripada mana mana pihak atasan.

Segala keluhan, rintihan dan rayuan mereka didalam Akhbar dan Media umpama air yang lalu, hanyut begitu sahaja dan tidak membawa sebarang kesan. Apakah disebabkan mereka dari kalangan penjaja tepi jalan yang dianggap oleh pihak atasan tidak layak untuk menerima sebarang pembelaan ??? Apakah penjaja Uptown Danau Kota yang dianggap oleh pihak atasan sebagai LOW CLASS yang hanya sesuai untuk dijadikan bahan SANTAPAN kepada Penganjur Ahmad Selamat dan SEKUTUNYA daripada beberapa kakitangan DBKL ???  

Kepada pihak yang berkuasa harus menangani pekara ini dengan segera dan tidak membiarkan mereka menerima NASIB YANG SAMA DENGAN MANGSA PELAYARAN TITANIC yang mana golongan LOW CLASS akhirnya mati kesejukan. 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka juga adalah penyumbang kepada ekonomi Negara.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih




Tiada ulasan:

Catat Ulasan