SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Selasa, 11 Disember 2012

DIPERCAYAI LEBIH BANYAK PARLIMEN WILAYAH PERSEKUTUAN JATUH KEPADA PEMBANGKANG DALAM PRU 13


TERIMA KASIH
KERANA MENGUNJUNGI BLOG 
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA.

APABILA KITA BERCAKAP MENGENAI PENJAJA ATAU PENIAGA DIDALAM KUALA LUMPUR, PASTILAH TERLINTAS DIDALAM KEPALA OTAK KITA JABATAN YANG MENGELOLAKAN PENJAJA ATAU PENIAGA INI ADALAH DBKL.

DBKL TELAH MENUBUHKAN SATU JABATAN DIDALAMNYA, IAITU JABATAN PERMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA, ADALAH JABATAN YANG DICIPTAKAN KHAS UNTUK MEMUDAHKAN CARA PERNIAGAAN DAN MENGURUSKAN PENJAJA PENJAJA YANG BERNIAGA DIDALAM KUALA LUMPUR, TETAPI BUKAN SEBALIKNYA IAITU MENYUSAHKAN PENJAJA PENJAJA YANG ADA.

BERCAKAP MENGENAI UPTOWN DANAU KOTA,
 RATA RATA WARGA KOTA TELAH SEDIA MAKLUM BAHAWA 
333 PENJAJA BERLESEN TELAH MENGALAMI SATU PROSES PERJUANGAN YANG AMAT PANJANG, IAITU TELAH LEBIH SETAHUN PENJAJA PENJAJA DISINI DIBAWAH PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA, BERSAMA IKHLAS MALAYSIA BERTUNGKUS LUMUS HANYA UNTUK MENDAPATKAN STATUS WAKTU BERNIAGA 7 HARI SEMINGGU SEBAGAIMANA DI LITTLE INDIA DAN PETALING STREET.

APA YANG ANEHNYA DAPAT KITA LIHAT BAHAWA KEHENDAK 333 PENJAJA DISINI SEDIKIT PUN TIDAK MELIBATKAN PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA, NAMUN IANYA TIDAK DAPAT DITUNAIKAN OLEH PIHAK DBKL. 

TINDAKAN PEGAWAI ATASAN DBKL TERHADAP 333 PENJAJA DI UPTOWN DANAU KOTA INI SEOLAH OLAH MEREKA ADALAH PRO KEPADA PEMBANGKANG, YANG MANA CUBA MEMAINKAN SENTIMEN SUPAYA WARGA PENJAJA MEMBENCI KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG MEMERINTAH HARI INI.

EKORAN DARIPADA ITU NUSCAYA PADA PRU 13 YANG AKAN DATANG INI AKAN BERTAMBAH BANYAK PARLIMEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN AKAN JATUH KEPADA PIHAK PEMBANGKANG.

PERSOLANYA DISINI, KEMANAKAH PEMIMPIN PEMIMPIN MELAYU YANG TELAH DIBERI MANDAT OLEH RAKYAT UNTUK MEMBELA NASIB ORANG MELAYU, NASIB PENJAJA MELAYU DI UPTOWN DANAU KOTA INI ? 

KEMANA PERGINYA PEMIMPIN MELAYU YANG SERING MELENTING APABILA FASAL 153 HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DIPERTIKAIKAN OLEH BANGSA ASING ?

KENAPA KAMU TIDAK MELENTING, KAMU TIDAK MELALAK, TAK KALA ANAK MELAYU, ORANG MELAYU, PENJAJA MELAYU YANG DITEPI JALAN INI, DIZALIMI, DITINDAS OLEH BANGSA MELAYU, BANGSA KAMU SENDIRI ? APAKAH KAMU INI DARI KALANGAN PEMIMPIN YANG BACUL, PENGECUT DENGAN SEGELINTIR PENINDAS DARI BANGSA KAMU SENDIRI ?

BERSERONOKLAH KAMU YANG BERGELAR PEMIMPIN DUDUK DIATAS KERUSI EMPOK KAMU BUAT SEKETIKA WAKTU, DENGAN MEMBIARKAN 333 PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, YANG LEMAH DITINDAS DENGAN BERBAGAI RUPA, TANPA MENDAPAT APA APA PEMBELAAN DARIPADA KAMU YANG BERGELAR DAN MENGAKU SEBAGAI PEMIMPIN YANG AKAN MEMBELA NASIB RAKYAT.

UNTUK PENGETAHUAN PARA PENGUNJUNG BLOG INI, KAMI TELAH MENGELUARKAN BANYAK BUKTI BUKTI SAHIH MENGENAI KEZALIMAN YANG DILAKUKAN TERHADAP 333 PENJAJA DI UPTOWN DANAU KOTA INI. DIANTARANYA:


DAN 


PERLU DIFAHAMKAN BAHAWA PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA ADALAH DARI KALANGAN YANG MENYOKONG DASAR KERAJAAN TETAPI MENENTANG DASAR SEGELINTIR PEGAWAI DBKL YANG BERSEKUTU DENGAN PENGANJUR.

OLEH ITU KEPADA PEMIMPIN PEMIMPIN MELAYU HULURKAN BANTUAN DALAM BENTUK PEMBELAAN TERHADAP 333 PENJAJA BERLESEN UPTOWN DANAU KOTA, DALAM MENDAPATKAN STATUS UNTUK BERNIAGA 7 HARI SEMINGGU, HANYA DISEBELAH MALAM DALAM LOKASI YANG TERLETAK DIPINGGIR KOTA.

SEKIAN TERIMA KASIH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan