27HB NOVEMBER 2012
ADALAH TARIKH YANG TIDAK DAPAT
DILUPAKAN OLEH 333 PENJAJA BERLESEN UPTOWN DANAU KOTA,
YANG MANA PIHAK DBKL TELAH MENGERAHKAN SEJUMLAH BESAR KEKUATAN DARIPADA UNIT ANGGOTA PENGUATKUASANYA UNTUK MENGHALANG HASRAT 333
PENJAJA UPTOWN BERLESEN, BAGI MENJALANKAN AKTIVITI
PERNIAGAAN PADA HARI ISNIN
DAN SELASA.
TINDAKAN PIHAK DBKL
TERHADAP PENJAJA PENJAJA MELAYU UPTOWN DANAU KOTA
PADA MALAM ITU SEOLAH OLEH PENJAJA PENJAJA YANG HANYA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN PADA ISNIN DAN SELASA INI SEOLAH OLAH MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.
TINDAKAN PIHAK DBKL YANG HANYA TAHU MENGHALANG, TETAPI TIDAK PERNAH MENGADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PENJAJA, ADALAH DISIFATKAN KEJAM DAN MENCEMARKAN IMEJ DBKL ITU SENDIRI DAN SEKALI GUS MEROSAKAN KEPERCAYAAN RAKYAT TERUTAMANYA WARGA PENJAJA TERHADAP KERAJAAN YANG MEMERINTAH PADA HARI INI.
PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA, SEMASA DIDALAM PROTEM LAGI, TELAH PUN MENGUTUS SEPUCUK SURAT KEPADA PIHAK DBKL UNTUK DIADAKAN DIALOG BAGI MENYELESAIKAN KEKUSUTAN YANG BERLAKU DI UPTOWN DANAU KOTA INI, NAMUN TIADA MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA PIHAK DBKL.
PERBUATAN DBKL TERHADAP PENJAJA PENJAJA MELAYU DALAM PERISTIWA 27 NOVEMBER 2012 YANG LALU DAPAT ANDA TONTON DIDALAM YOU TUBE DENGAN TAJUK
DAN
DIDALAM RAKAMAN VIDEO INI JELAS DAPAT KITA LIHAT PIHAK DBKL DENGAN
RAKUSNYA MERAGUT BARANG BARANG PERNIAGAAN DAN MEROSAKAN CANOPY PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA. APAKAH INI YANG DINAMAKAN SITA ?
PEGAWAI PEGAWAI ATASAN DBKL
INI SEHARUSNYA BERASA MALU, DENGAN KEGAGALAN MEREKA
MENYELESAIKAN PEKARA YANG BEGITU KECIL,SEHINGGA BERLARUTAN SELAMA SETAHUN, HANYA ISU UNTUK BERNIAGA TAMBAHAN SEBANYAK 2 HARI DIATAS TAPAK YANG TELAH DIAKUI, DIBENARKAN MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN 5 HARI SEMINGGU KEATAS 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA. KENAPA UNTUK TAMBAHAN 2 HARI LAGI, SEBAGAIMANA DI LITTLE
INDIA DAN PETALING STREET
TIDAK DIBENARKAN ?
PIHAK DBKL MEMBERI ALASAN KOMPLAIN DARIPADA PENDUDUK DIATAS KESESAKAN YANG BERLAKU DIPERSIKITARAN KAWASAN AKTIVITI PERNIAGAAN. PERSOALANYA KENAPA 5 HARI BOLEH, 7 HARI SEMINGGU TIDAK BOLEH ? APAKAH PERBEZAAN 5 HARI DENGAN TAMBAHAN 2 HARI DARI SEGI KESESAKAN ?
TETAPI DALAM PADA ITU PIHAK DBKL JUGA TELAH MEMBUAT PENAMBAHAN LEBIH DARI 300 TAPAK PERNIAGAAN, YANG DIKELOLAKAN OLEH SATU LAGI PENGANJURAN DIKAWASAN TANAH LAPANG DIATAS BUKIT, DITENGAH TENGAH BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN DANAU KOTA INI.
HASIL DARIPADA TINDAKAN PIHAK DBKL INI, TELAH MENJADIKAN JUMLAH PENIAGA DI UPTOWN DANAU KOTA, KINI MELEBIHI DARIPADA 700 PENJAJA. DENGAN JUMLAH PENIAGA YANG SEBEGINI RAMAI PASTILAH KEADAAN DI UPTOWN INI BERTAMBAH SESAK, YANG MANA KEENDERAAN PENJAJA SAHAJA SUDAH MELEBIHI DARIPADA 700 BUAH KEENDERAAN.
PIHAK DBKL CUBA MENUTUP KESALAHAN MEREKA DENGAN MEMBUAT KENYATAAN DIAKHBAR AKHBAR, BAHAWA AKAN MENUTUP UPTOWN DANAU KOTA, ATAU MEMINDAHKAN KELOKASI YANG LAIN, DENGAN TUJUAN AGAR PENJAJA PENJAJA YANG MEMPERJUANGKAN HAK PENJAJA MELAYU DISINI MENDIAMKAN DIRI DENGAN KENYATAAN INI.
JIKA BENAR APA YANG DIKATAKAN OLEH DBKL SEBAGAIMANA DIDALAM AKHBAR TERSEBUT, INI ADALAH SATU TINDAKAN YANG TIDAK BERTANGGUNG JAWAB OLEH DBKL TERHADAP 333 PENJAJA ASAL UPTOWN DANAU KOTA, KERANA SETELAH 7 TAHUN PENJAJA PENJAJA DISINI MENJALANKAN PERNIAGAAN DIATAS TAPAK DI UPTOWN DANAU KOTA INI, KENAPA BARU KINI PEKARA INI DIBANGKITKAN.
BEGITU MUDAH PIHAK DBKL MEMBUKA TAPAK TAPAK UNTUK AKTIVITI
PERNIAGAAN DAN MUDAH PULA PIHAK DBKL UNTUK MENUTUP ATAU MENGUBAH LOKASI TAPAK PERNIAGAAN YANG SEDIA ADA KEPADA LOKASI YANG BARU. TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA RAMAI PENIAGA YANG PADA ASALNYA ADALAH DARI KALANGAN PENIAGA YANG PART TIME DAN SANGGUP BERHENTI KERJA HANYA SEMATA MATA UNTUK MENJADI PENIAGA TEGAL DI UPTOWN DANAU KOTA INI ?
TIDAKKAH INI DINAMAKAN SATU PENGINAYAAN DAN SATU KEZALIMAN TERHADAP PENJAJA PENJAJA MELAYU DI UPTOWN DANAU KOTA.
APAKAH PIHAK DBKL MAMPU MEMBERI JAMINAN DILOKASI BARU PRESTASI PERNIAGAAN AKAN SAMA DENGAN DI UPTOWN DANAU KOTA ?
TERDAHULU DARIPADA INI, DATOK BANDAR KUALA LUMPUR JUGA TELAH MEMBUAT KENYATAAN DIAKHBAR METRO BERTARIKH 22 NOVEMBER 2012, DENGAN SATU KENYATAAN YANG BOLEH DIANGGAP BEGITU ANGKUH.
SEHARUSNYA DATOK BANDAR KUALA LUMPUR TIDAK
PERLU MEMBUAT KENYATAAN DENGAN TERGESA GESA, SEHINGGA BELIAU MEMBUAT SATU KENYATAAN YANG TIDAK BERASAS DIDALAM SEBUAH AKHBAR YANG PALING LARIS JUALANYA. DARIPADA KENYATAN BELIAU BAHAWA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA INI HANYA 333 PENJAJA SAHAJA, TERBUKTI BAHAWA DATOK BANDAR KUALA LUMPUR INI TIDAK MENGETAHUI KEDUDUKAN SEBENAR, BAHAWA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA KINI MELEBIHI DARIPADA 700 PENJAJA.
KESILAPAN BESAR YANG TELAH DILAKUKAN OLEH DATUK B BANDAR KUALA LUMPUR DALAM MENANGANI SATU MASALAH YANG KECIL TETAPI MEMPUNYAI ISU YANG AGAK BESAR KERANA DISEBABKAN MENDAPAT MAKLUMAT DARIPADA SUMBER SUMBER YANG TIDAK BERASAS.
SEKIRANYA DATOK BANDAR KUALA LUMPUR
MENGAMBIL BERAT UNTUK MENANGANI ISU UPTOWN DANAU KOTA INI, NUSCAYA PERISTIWA 27 NOVEMBER SEBAGAIMANA YANG ANDA TONTON DIDALAM RAKAMAN VIDEO DIATAS, SEHINGGA MENYEBABKAN 4 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA YANG TIDAK BERSALAH DITANGKAP DAN MEREKA TERPAKSA MERENGKOK DI PENJARA SG BULUH SELAMA 4 HARI, TIDAK TERJADI.
PERISTIWA INI JUGA TELAH MENJATUHKAN IMEJ DBKL SEBAGAI PENJAWAT AWAM YANG MEMPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA TERHADAP RAKYAT MALAYSIA, BANGSA MELAYU YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN NEGARA
FASAL 153, MENGENAI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU,
TELAH DICABUL OLEH ORANG MELAYU SENDIRI.
" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "
TERIMA KASIH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan