Hari ini didalam Wall FB pengarang Blog Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota,
telah terpanpang satu artikal kecil yang berupa keratan akhbar yang tidak diketahui bila tarikh sebenarnya dan artikal ini adalah daripada Y. Bhg Dr Ridhuan Tee Abdullah.
Walaupun artikal ini agak kecil
tetapi dirasakan agak sesuai untuk dibincangkan disini, kerana ianya berhubung kait dengan BANGSA MELAYU. Bangsa Melayu yang ashik MABOK berbangga dengan sejarah lama yakni sejarah " Oyang Aku, Atok Aku, Ayah Aku " sehingga mereka lupa SIAPA AKU sebenarnya hari ini.
Sikap Melayu lama, yang masih tertanam didalam jiwa Bangsa Melayu
yakni, tidak suka berfikir panjang, mengambil ringgan dengan pekara yang remeh, takut yang tidak kena pada tempat, bertindak mengikut pandai sendiri dan akhirnya merungut rungut dibelakang setelah segalanya menjadi milik orang lain, adalah sebahagian daripada faktor penyebab Bangsa Melayu mudah ditindas dan tiada mendapat pembelaan daripada bangsa sendiri.
Sikap ini juga telah memberikan ruang yang amat luas keatas Bangsa Melayu
untuk ditindas oleh bangsa bangsa lain, mahu pun Bangsa Melayu itu sendiri bagi meraih kepentingan peribadi mereka dan ini terbukti dengan apa yang berlaku keatas 333 penjaja di Uptown Danau Kota. Rata rata penjaja di Uptown Danau Kota adalah terdiri daripada Bangsa Melayu, walaupun telah berbagai tindakan dalam bentuk rayuan kepada pihak pemimpin daripada bangsa sendiri telah dilakukan, namun hingga kini tiada sebarang PEMBELAAN dilaksanakan keatas nasib penjaja penjaja dari Bangsa Melayu disini.
Terkini seramai lebih daripada 160 penjaja penjaja Uptown Danau Kota,
yang disekat oleh pihak DBKL daripada memperbaharui lesen mereka akibat tidak menandatangani surat AKUJANJI ciptaan penganjur Ahmad bin Selamat dan apa yang dapat dilihat disini, bahawa DBKL adalah sebuah PBT yang mana 90% daripadanya adalah terdiri dari Bangsa Melayu juga tidak mampu untuk memberikan pembelaan terhadap Bangsa Melayu, sebaliknya dengan kuasa yang mereka sandang, sebahagian daripada mereka bertungkus lumus berusaha menindas Bangsa Melayu, demi mengaut kepentingan peribadi. Inilah pahit maung yang terpaksa ditelan oleh penjaja penjaja di Uptown Danau Kota hari ini.
Penganjur Uptown Danau Kota, Ahmad bin Selamat yang berbangsa Melayu ( Gambar diatas ) adalah salah seorang contoh TOKOH PENINDAS BANGSA MELAYU di Uptown Danau Kota. Atas sokongan kuat daripada beberapa kakitangan DBKL beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk menjalankan aktiviti penindasan yang hebat terhadap penjaja penjaja disini. Kini beliau bersama dengan kuncu kuuncunya sedang giat melancarkan kempen kepada penjaja penjaja disini agar segera menandatangani surat AKUJANJI sebagaimana gambar dibawah, dengan memberikan alasan Dato' Bandar yang baru akan bertindak menarik lesen sesiapa yang mengingkari kehendak penganjur diatas.
Diatas adalah bentuk AKUJANJI yang perlu ditandatangani
oleh 333 penjaja Uptown Danau Kota sebagai syarat untuk mendapatkan surat pelepasan memeperbaharui lesen kepada DBKL oleh penganjur diatas. Kebanyakan penjaja yang menandatangani AKUJANJI diatas adalah mereka yang didalam keterpaksaan dan yang selebihnya itu adalah dari kalangan mereka yang masih lagi mengekalkan sikap Melayu lama, iaitu tidak suka berfikir panjang, mengambil ringgan dengan pekara yang remeh, takut yang tidak kena pada tempat, bertindak mengikut pandai sendiri dan akhirnya merungut rungut dibelakang setelah segalanya menjadi milik orang lain sebagaimana yang telah diperkatakan diatas tadi, mengenai SIKAP ORANG MELAYU.
Kenyataan yang dibuat oleh Y. Bhg Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
diatas adalah bertepatan sekali dan tidak boleh dinafikan, kerana ianya telah benar benar berlaku kepada 333 penjaja penjaja di Uptown Danau Kota, Y,Bhg En Ridzuan Abdullah selaku Presiden NGO IKHLAS telah berusaha dengan penuh keikhlas didalam MEMBELA dan memperjuangkan nasib 333 penjaja penjaja Bangsa Melayu yang ditindas oleh penganjur diatas, bersama dengan sekutunya yang terdiri daripada beberapa kakitangan DBKL yang berkuasa keatas penjaja.
SPRM satu ketika dahulu adalah sebuah Jabatan
yang amat disegani dan digeruni oleh kalangan mereka yang mengamalkan RASUAH, atas ketegasanya menjalankan tanggung jawab sehingga pembelaan dan keadilan dapat ditegakkan didalam jabatan ini. SPRM hari ini yang dikuasai oleh Bangsa Melayu, kelihatan terpaksa memilih jenis jenis aduan untuk sesuatu tindakan dijalankan, walau pun sesuatu aduan itu disertakan dengan bukti bukti lengkap.
Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota
juga tidak terlepas daripada membuat tindakan dengan mengadukan pekara salah laku Penganjur Uptown Danau Kota bersama sekutunya dalam aktiviti penindasan mereka terhadap 333 penjaja disini kepada SPRM, dengan menyertakan segala bukti bukti sahih mengenai salah laku penganjur ini, tetapi sehingga kehari ini masih lagi tiada kelihatan sebarang tindakan daripada Jabatan ini.
Apabila diteliti daripada kenyataan Y.Bhg Dr Ridhuan Tee Abdullah diatas
adalah benar belaka, jangan kata ada individu dari kalangan Bangsa Melayu untuk bangun membela keatas Bangsa Melayu, jabatan jabatan yang dikuasai oleh Bangsa Melayu juga tidak mampu untuk membela nasib Bangsa Melayu hari ini.
Alangkah baiknya jika kemajuan negara hari ini diterajui oleh kepimpinan Melayu dengan mengekalkan prinsip KEPIMPINAN MELAYU LAMA yang tidak mengutamakan KRONISME dan pastinya PEMBELAAN terhadap nasib BANGSA MELAYU hari ini akan terus terlaksana.
" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "
Sekian Terima Kasih
Bagus sungguh penerapan Nilai-Nilai Bangsa Melayu yang terbukti kebenarannya sehingga kehari ini. Bangsa Melayu perlu mendongak bila berjalan barulah kita tahu bahawa diri kita sedang diperkotak-katikkan oleh orang lain untuk Kepentingan Peribadi mereka. Sesuatu yang dilakukan perlu kita meneliti dan mengambil tahu dari mana datangnya supaya diri kita tidak dipergunakan oleh orang lain terutama Bangsa Sendiri. Musibah yang menimpa diri kita adalah disebabkan kita sendiri kurang mengambil tahu dan kurang berbincang dengan kawan-kawan atau saudara sendiri sebelum membuat keputusan kerana merasa diri kita hebat atau terlampau mempercayai orang lain sehingga kita membuat keputusan yang silap.
BalasPadamSesuatu penentangan terhadap sistem yang kita ketahui salah terutama dalam agama perlu kita tegakkan kerana jika dibiarkan ia akan merosakkan GENERASI dikemudian hari yang akan dijalani oleh Anak Kita dan Bangsa Sendiri juga.
DIHARAP PENIAGA SEMUA BERFIKIR SEJENAK MENGENAI PERKARA INI SUPAYA TIDAK MENYESAL DIKEMUDIAN HARI. PERKARA SALAH TETAP SALAH DAN JIKA KITA BERSUBAHAT MAKA KITA JUGA YANG AKAN MENANGGUNG DOSA MEMBUAT KEMUNGKARAN ALLAH.