PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR
(5237-11-WKL) Blog Persatuan Uptown Danau Kota ini akan memaparkan sejarah sejarah kebangkitan Penjaja Penjaja disini dalam penentangan terhadap Penganjur Ahmad Bin Selamat yang cuba mengunakan pentadbiran disini secara KUKU BESI
SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA
persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com
Isnin, 17 Disember 2012
JEMPUTAN BERNAMA RADIO24 UNTUK SESI TEMUBUAL MENGENAI ISU UPTOWN DANAU KOTA
ISU UPTOWN DANAU KOTA YANG SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN, TELAH MENARIK MINAT BERNAMA RADIO24 UNTUK MENGADAKAN SESI TEMU BUAL DENGAN PRESIDEN IKHLAS.
PADA-17HB DISEMBER BERNAMA RADIO TELAH MENJEMPUT PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA UNTUK SESI TEMUBUAL SECARA LANGSUNG 93.9 " JAM 6.10PM DI WISMA BERNAMA JLN TUN RAZAK KUALA LUMPUR.
PADA JAM 5.20PM PRESIDEN IKHLAS EN MOHD RIDZUAN BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA IAITU EN AI ZAMRUDDIN AYOB SETIAUSAHA PERSATUAN PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA JUGA ADALAH AJK IKHLAS TELAH SAMPAI KE WISMA BERNAMA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK KUALA LUMPUR.
KETIBAAN PRESIDEN IKHLAS BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA INI TELAH DISAMBUT OLEH PENERBIT BERNAMA RADIO24 IAITU CIK NORINDAH KHAIRI DAN DITEMUBUAL OLEH BELIAU DIBILIK TETAMU TERLEBIH DAHULU SEBELUM SESI BERSAMA JURUHEBAH PADA JAM 6.10PM PADA HARI ITU.
DI STUDIO RADIO24 93.9, PRESIDEN IKHLAS BERSAMA WAKIL PENJAJA TELAH DITEMU
BUAL OLEH JUHEBAH YANG RAMAH DENGAN MENAYAKAN BERBAGAI BAGAI SOALAN UNTUK PENDENGAR SETIA 93.9 MENGENAI ISU UPTOWN DANAU KOTA.
PRESIDEN IKHLAS TELAH MENERANGKAN MATLAMAT PERJUANGAN IKHLAS TERHADAP PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, MENJELASKAN SIKAP PBT TERHADAP PENJAJA MELAYU, MEMPERTIKAIKAN DIMANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DALAM FASAL 153, APABILA BANGSA MELAYU SENDIRI MENINDAS BANGSA MELAYU YANG MANA TIADA PEMBELAAN DARIPADA MANA MANA PEMIMPIN HARI INI.
WAKIL PENJAJA EN AI ZAMRUDDIN AYOB TELAH MENERANGKAN SEJARAH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, PUNCA PUNCA BANTAHAN DARIPADA PENDUDUK, KEPINCANGAN PENGANJUR DAN PBT TERHADAP PENGANJURAN UPTOWN DANAU KOTA DAN CAMPURTANGAN IKHLAS ADALAH DISEBABKAN LEBIH DARIPADA SEPARUH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA ADALAH TERDIRI DARIPADA AHLI IKHLAS.
KESIMPULAN KOMEN DARIPADA PENDENGAR SETIA RADIO 93.9 MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PERJUANGAN NGO IKHLAS DALAM MEMBELA NASIB PENIAGA MELAYU DAN MEREKA JUGA AMAT BERSIMPATI DENGAN NASIB PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA.
" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI.
Ahad, 16 Disember 2012
DBKL MEMECAHKAN TEMBELANGNYA SENDIRI
SURAT DBKL BERTARIKH 18HB OKTOBER 2012 YANG KELIHATAN AGAK PELIK
SEPUCUK SURAT DARIPADA DBKL KEPADA PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA, IAITU EN AHMAD FAUZI ABD KARIM YANG BERTARIKH 18 OCT 2012 INI, DILIHATKAN SEBAGAI MENJAWAB SURAT YANG DIUTUS OLEH PENGERUSI PERSATUAN SEBELUM INI, KEPADA DBKL SEBAGAI MERAYU UNTUK DIBENARKAN 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA YANG BERLESEN UNTUK BERNIAGA PADA HARI ISNIN DAN SELASA DALAM MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN.
BUKTI PENGIKTIRAFAN DBKL TERHADAP 2 LAGI PENGANJUR
SEPUCUK SURAT DARIPADA DBKL KEPADA PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA, IAITU EN AHMAD FAUZI ABD KARIM YANG BERTARIKH 18 OCT 2012 INI, DILIHATKAN SEBAGAI MENJAWAB SURAT YANG DIUTUS OLEH PENGERUSI PERSATUAN SEBELUM INI, KEPADA DBKL SEBAGAI MERAYU UNTUK DIBENARKAN 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA YANG BERLESEN UNTUK BERNIAGA PADA HARI ISNIN DAN SELASA DALAM MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN.
BUKTI PENGIKTIRAFAN DBKL TERHADAP 2 LAGI PENGANJUR
SEBAGAI MAKLUMAN, SURAT INI TELAH DIEDARKAN KEPADA 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA PADA TARIKH 17 NOVEMBER DALAM BENTUK SURAT PEKELILING, TIDAK DIJAWAB SECARA RESMI KEPADA PENGERUSI PERSATUAN.
SURAT INI ADALAH UNTUK MENYATAKAN BAHAWA PIHAK DBKL TIDAK MENERIMA RAYUAN PENGERUSI PERSATUAN, UNTUK 333 PENJAJA BRLESEN MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN PADA HARI ISNIN DAN SELASA DIMUSIM CUTI PERSEKOLAHAN, DENGAN ALASAN ALASAN YANG TIDAK RELEVAN, DAN TIDAK DAPAT DITERIMA SAMA SEKALI OLEH 333 PENJAJA BERLESEN DIUPTOWN DANAU KOTA, KERANA ADUAN YANG SERING DIKEMUKAKAN OLEH PENDUDUK ADALAH BERPUNCA DARIPADA PERBUATAN DBKL SENDIRI, YANG MANA TELAH MENAMBAHKAN HAMPIR 400 TAPAK LAGI DAN INI TELAH TERBUKTI DENGAN TINDAKAN DBKL MENGEDARKAN SURAT PEKELILING DIATAS, DENGAN MEMBERI SK KEPADA PENGERUSI KOBERA DAN PENGURUS DINAMIK KINGDOM SDN BHD.
BUAT PERTAMA KALINYA PIHAK DBKL MENGEDARKAN SURAT PEKELILING DENGAN MEMBERIKAN SK KEPADA DUA PENGANJUR INI, IAITU KOBERA DAN DINAMIK KINGDOM SDN BHD DAN DIYAKINI TINDAKAN DBKL INI BERMAKSUD TELAH MENGIKTIRAF 2 PENGANJUR BARU DI UPTOWN DANAU KOTA, DALAM KEADAAN DIMANA KEDUDUKAN UPTOWN DANAU KOTA SEDANG BERHADAPAN DENGAN MASALAH KOMPLAIN DARIPADA PENDUDUK, SEBAGAIMANA YANG DIWAWARKAN OLEH DBKL DIDALAM AKHBAR DAN SURAT SURAT YANG DIEDARKAN OLEH MEREKA KEPADA PENJAJA.
KOBERA
KOBERA ADALAH BADAN NGO YANG TELAH DITEMPATKAN OLEH DBKL SEBANYAK 50 TAPAK KEPADA PENJAJA PENJAJA MEREKA DAN KEBANYAKANYA ADALAH DISEWAKAN KEPADA PENJAJA LAIN DENGAN KADAR RM 1200 SEBULAN ( MAKAN PENCEN ).
DINAMIK KINGDOM SDN BHD
DINAMIK KINGDOM SDN BHD ADALAH SEBUAH SYARIKAT SWASTA YANG TELAH MENYEWAKAN TANAH LAPANG DARIPADA ORANG PERSEORANGAN, DIKAWASAN ATAS BUKIT DITENGAH TENGAH KAWASAN AKTIVITI UPTOWN DANAU KOTA BEROPERASI. DINAMIK KINGDOM TELAH MEMBUAT LOT LEBIH KURANG 300 LEBIH DAN LOT LOT ITU DISEWAKAN KEPADA PENIAGA DENGAN KADAR SEWAAN SEBANYAK RM 700 SEBULAN, SEMENJAK DARI TAHUN 2009 LAGI.
TAPAK PROMOSI
SEBELUM DARIPADA ITU, DBKL TELAH MELULUSKAN KEPADA PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA SEBANYAK 27 LOT YANG DIKENALI SEBAGAI TAPAK TAPAK PROMOSI DAN DISEWAKAN OLEH PENGANJUR KEPADA PENIAGA DENGAN KADAR SEWAAN SEBANYAK RM 1200 SEBULAN. KELULUSAN INI JUGA TELAH DIBUAT OLEH DBKL DALAM MASA KOMPLAIN DARIPADA PENDUDUK SEDANG HEBAT DIPERKATAKAN.
KESIMPULAN
SETELAH DIAMATI, SURAT INI TELAH CUKUP MEMBUKTIKAN BAHAWA PIHAK DBKL HARUS DIPERSALAHKAN DALAM PEKARA YANG MENYEBABKAN KEADAAN KAWASAN AKTIVITI UPTOWN DANAU KOTA INI MENJADI SIBUK, SEHINGGA KEADAAN JALAN KEPERUMAHAN AWAM MENJADI SESAK DENGAN KEENDERAN DAN TANPA PEMANTAUAN DARIPADA PIHAK DBKL DAN SEHINGGA MENJADI SATU TOPIK PERBINCANGAN DIDALAM PARLIMEN.
PIHAK PENGANJUR PULA TIDAK MENITIK BERATKAN TENTANG MASALAH INI DAN INI JUGA DAPAT DIBUKTIKAN DIDALAM PENYATA KEWANGAN TAHUN 2008, 2009, DAN 2010 KELIK DISINI.
PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA INI TELAH DISIFATKAN GAGAL MENJALANI 3 TUGASAN UTAMA KELIK DISINI.
HASIL DARIPADA KELEMAHAN DIDALAM PENTADBIRAN DBKL DI JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA SEHINGGA KEPERINGKAT ATASAN, DISAMPING KEGAGALAN PENGANJUR DALAM MEMAINKAN PERANANYA MENGANJURKAN UPTOWN DANAU KOTA INI, 333 PENJAJA BERLESEN YANG ASAL TELAH MENJADI MANGSA TIDAK DIBENARKAN BERNIAGA PADA HARI ISNIN DAN SELASA.
DEMI MENUTUP KELEMAHAN DAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK DBKL SENDIRI, PIHAK DBKL TELAH MEWAWARKAN DIDALAM AKHBAR BAHAWA UPTOWN DANAU KOTA AKAN DIPINDAHKAN ATAU DITUTUP DENGAN BERBAGAI LAGI ALASAN YANG TIDAK RELEVAN, DIYAKINI BERTUJUAN SUPAYA PENJAJA PENJAJA TIDAK MEMPERTIKAIKAN PEKARA YANG BERKAITAN DENGAN BERNIAGA ISNIN DAN SELASA.
Khamis, 13 Disember 2012
47) KINI BROCHURE SEBAGAI HEBAHAN PENGANJUR
PERMULAAN PENGANJUR MENGGUNAKAN
BROCHURE UNTUK HEBAHAN
BROCHURE UNTUK HEBAHAN
10hb Jun 2012 setelah sokongan penuh diterima oleh Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja yang mana telah terbukti daripada surat diatas... dengan tanpa segan dan silu telah mengedarkan mengedarkan surat ini kepada penjaja.
Menurut daripada salah seorang daripada AJK Persatuan yang telah menemani mereka yang ingin mendapatkan pengesahan daripada penganjur ini perlu menandatangani satu surat akur janji yang mana diantara syarat akur janji itu Bayaran SEWAAN TAPAK (Tidak dinamakan maintanance lagi) hendaklah dibayar bermula daripada 24hb - 29hb.Jika lewat daripada tarikh ini Penganjur berhak MEMBATALKAN SEWAAN TAPAK DAN MERAMPAS LALU DIBERIKAN KEPADA PENYEWA LAIN.
Setiap yang menandatangi surat ini tidak dibenarkan membawa pulang barang satu Copy pun untuk dibawa pulang.
Pekara ini telah disaksikan oleh salah seorang daripada AJK persatuan.
Begitulah telah dipaparkan bukti bukti dengan fakta yang jelas,bagaimana Penganjur Ahmad bin Selamat menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi pihak DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA dengan menggunakan kuasa yang ada dalam usaha mereka untuk menindas 333 penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang berlesen.
46) SURAT KELAKAR DARIPADA TUAN ROLAN
SURAT KELAKAR DARI TUAN ROLAN
Walaupun Berbagai usaha telah dilakukan demi membela hak penjaja disini, namun nasib penjaja tidak henti henti menerima tekanan daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjajayang sentiasa menyebelahi kepada pihak Penganjur.
Pada 28 Mei 2012 satu surat pekeliling telah diedarkan oleh pihak DBKL yang mana telah mengejutkan penjaja penjaja disini.
Pada 28 Mei 2012 satu surat pekeliling telah diedarkan oleh pihak DBKL yang mana telah mengejutkan penjaja penjaja disini.
Didalam surat yang telah ditandatangani oleh Y.Bhg Tuan Rolan
sendiri telah mensyaratkan kepada setiap penjaja untuk memperbaharui lesen perniagaan sementara untuk Uptown Danau Kota perlu mendapat pengesahan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu.
Dengan teredarnya surat ini jelas dan terbukti bahawa DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja bersetongkol dan bersekutu dengan Penganjur Mat Selamat dan mempunyai sesuatu kepentingan bersama didalam pengendalian
Uptown Danau Kota.
Mereka yang sedang duduk di kerusi
Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL harus ingat bahawa KEHADIRAN KAMU DISITU ADALAH DIATAS TIKET KERUSI PENJAJA DAN BUKANYA DIATAS TIKET PENGANJUR MAT SELAMAT.
Oleh itu menjaga kebajikan penjaja adalah menjadi tanggung jawab utama bagi kamu.Menjaga kepentingan Penganjur Mat Selamat adalah bukan tangungjawab kamu.
45) MINIT KUNJUNG HORMAT
MINIT KUNJUNG HORMAT
44) KUNJUNG HORMAT KEPADA TUAN ROLAN
SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN
Sebagai sebuah Persatuan yang menjaga kebajikan penjaja,
menjalinkan hubungan baik dengan DBKL terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA adalah perlu dan ianya adalah salah satu langkah dan usaha bagi meleraikan kekusutan yang berlaku di Uptown Danau kota ini.
Satu panggilan telephone telah diterima daripada
setiausaha Tuan Rolan Abd Rahman selaku Pengarah di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL untuk memperkenankan AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota melakukan KUNJUNG HORMAT keatas beliau.
Pada tarikh 09 April
satu rombongan daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota yang terdiri daripada AJK seramai 8 orang telah melakukan
KUNJUNG HORMAT itu.
43) UGUTAN PENGANJUR YANG BERTERUSAN
PENGANJUR YANG TIDAK HENTI HENTI MENJALANKAN KEMPEN
UGUTANYA & PEMBOHONGAN TERHADAP PENJAJA
Mat Selamat selaku Penganjur Uptown
tidak habi habis dengan menuntut penjaja membayar Maintanance dengan mengunakan berbagai bentuk pembohongan sebagai UGUTAN KEPADA PENJAJA.
Ini terbukti dengan pengedaran surat yang bertarikh 16 Mac 2012 ini.Surat daripada DBKL seperti yang dinyatakanya didalam surat ini tidak pernah diterima oleh penjaja dan sedangkan tarikh 06 Mac 2012 adalah hari selasa yang mana Uptown ditutup kepada aktiviti perniagaan, bagaimana surat DBKL sebagai mana yang tertera didalam surat Mat Selamat ini dapat diedarkan ?
Dengan bukti yang telah dikeluerkan jelas menunjukan Mat Selamat selaku Penganjur Uptown ini banyak mengunakan taktik penipuan untuk mengugut penjaja bagi mendapatkan keuntung kepada dirinya sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)