SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Isnin, 17 Disember 2012

JEMPUTAN BERNAMA RADIO24 UNTUK SESI TEMUBUAL MENGENAI ISU UPTOWN DANAU KOTA


ISU UPTOWN DANAU KOTA YANG SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN, TELAH MENARIK MINAT BERNAMA RADIO24 UNTUK MENGADAKAN SESI TEMU BUAL DENGAN PRESIDEN IKHLAS.

PADA-17HB DISEMBER BERNAMA RADIO TELAH MENJEMPUT PRESIDEN IKHLAS MALAYSIA BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA UNTUK SESI TEMUBUAL SECARA LANGSUNG 93.9 " JAM 6.10PM DI WISMA BERNAMA JLN TUN RAZAK KUALA LUMPUR.


PADA JAM 5.20PM PRESIDEN IKHLAS EN MOHD RIDZUAN BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA IAITU EN AI ZAMRUDDIN AYOB SETIAUSAHA PERSATUAN PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA JUGA ADALAH AJK IKHLAS TELAH SAMPAI KE WISMA BERNAMA DI JALAN TUN ABDUL RAZAK KUALA LUMPUR.

KETIBAAN PRESIDEN IKHLAS BERSAMA DENGAN WAKIL PENJAJA INI TELAH DISAMBUT OLEH PENERBIT BERNAMA RADIO24 IAITU CIK NORINDAH KHAIRI DAN DITEMUBUAL OLEH BELIAU DIBILIK TETAMU TERLEBIH DAHULU SEBELUM SESI BERSAMA JURUHEBAH PADA JAM 6.10PM PADA HARI ITU.


DI STUDIO RADIO24 93.9, PRESIDEN IKHLAS BERSAMA WAKIL PENJAJA TELAH DITEMU
BUAL OLEH JUHEBAH YANG RAMAH DENGAN MENAYAKAN BERBAGAI BAGAI SOALAN UNTUK PENDENGAR SETIA 93.9 MENGENAI ISU UPTOWN DANAU KOTA.

PRESIDEN IKHLAS TELAH MENERANGKAN MATLAMAT PERJUANGAN IKHLAS TERHADAP PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, MENJELASKAN SIKAP PBT TERHADAP PENJAJA MELAYU, MEMPERTIKAIKAN DIMANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DALAM FASAL 153, APABILA BANGSA MELAYU SENDIRI MENINDAS BANGSA MELAYU YANG MANA TIADA PEMBELAAN DARIPADA MANA MANA PEMIMPIN  HARI INI.

WAKIL PENJAJA EN AI ZAMRUDDIN AYOB TELAH MENERANGKAN SEJARAH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA, PUNCA PUNCA BANTAHAN DARIPADA PENDUDUK, KEPINCANGAN PENGANJUR DAN PBT TERHADAP PENGANJURAN UPTOWN DANAU KOTA DAN CAMPURTANGAN IKHLAS ADALAH DISEBABKAN LEBIH DARIPADA SEPARUH PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA ADALAH TERDIRI DARIPADA AHLI IKHLAS.



KESIMPULAN KOMEN DARIPADA PENDENGAR SETIA RADIO 93.9 MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PERJUANGAN NGO IKHLAS DALAM MEMBELA NASIB PENIAGA MELAYU DAN MEREKA JUGA AMAT BERSIMPATI DENGAN NASIB PENJAJA PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA.

" BERJUANG IKHLAS NADI KEJAYAAN "

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI.

Ahad, 16 Disember 2012

DBKL MEMECAHKAN TEMBELANGNYA SENDIRI

SURAT DBKL BERTARIKH 18HB OKTOBER 2012 YANG KELIHATAN AGAK PELIK

SEPUCUK SURAT DARIPADA DBKL KEPADA PENGERUSI PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA, IAITU EN AHMAD FAUZI ABD KARIM YANG BERTARIKH 18 OCT 2012 INI, DILIHATKAN SEBAGAI MENJAWAB SURAT YANG DIUTUS OLEH PENGERUSI PERSATUAN SEBELUM INI, KEPADA DBKL SEBAGAI MERAYU UNTUK DIBENARKAN 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA YANG BERLESEN UNTUK BERNIAGA PADA HARI ISNIN DAN SELASA DALAM MUSIM CUTI PERSEKOLAHAN.

BUKTI PENGIKTIRAFAN DBKL TERHADAP 2 LAGI PENGANJUR 





SEBAGAI MAKLUMAN, SURAT INI TELAH DIEDARKAN KEPADA 333 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA PADA TARIKH 17 NOVEMBER DALAM BENTUK SURAT PEKELILING, TIDAK DIJAWAB SECARA RESMI KEPADA PENGERUSI PERSATUAN.

SURAT INI ADALAH UNTUK MENYATAKAN BAHAWA PIHAK DBKL TIDAK MENERIMA RAYUAN PENGERUSI PERSATUAN, UNTUK 333 PENJAJA BRLESEN MENJALANKAN AKTIVITI PERNIAGAAN PADA HARI ISNIN DAN SELASA DIMUSIM CUTI PERSEKOLAHAN, DENGAN ALASAN  ALASAN YANG TIDAK RELEVAN, DAN TIDAK DAPAT DITERIMA SAMA SEKALI OLEH 333 PENJAJA BERLESEN DIUPTOWN DANAU KOTA, KERANA ADUAN YANG SERING DIKEMUKAKAN OLEH PENDUDUK ADALAH BERPUNCA DARIPADA PERBUATAN DBKL SENDIRI, YANG MANA TELAH MENAMBAHKAN HAMPIR 400 TAPAK LAGI DAN INI TELAH TERBUKTI DENGAN TINDAKAN DBKL MENGEDARKAN SURAT PEKELILING DIATAS, DENGAN MEMBERI SK KEPADA PENGERUSI KOBERA DAN PENGURUS DINAMIK KINGDOM SDN BHD.

BUAT PERTAMA KALINYA PIHAK DBKL MENGEDARKAN SURAT PEKELILING DENGAN MEMBERIKAN SK KEPADA DUA PENGANJUR INI, IAITU KOBERA DAN DINAMIK KINGDOM SDN BHD DAN DIYAKINI TINDAKAN DBKL INI BERMAKSUD TELAH MENGIKTIRAF 2 PENGANJUR BARU DI UPTOWN DANAU KOTA, DALAM KEADAAN DIMANA KEDUDUKAN UPTOWN DANAU KOTA SEDANG BERHADAPAN DENGAN MASALAH KOMPLAIN DARIPADA PENDUDUK, SEBAGAIMANA YANG DIWAWARKAN OLEH DBKL DIDALAM AKHBAR DAN SURAT SURAT YANG DIEDARKAN OLEH MEREKA KEPADA PENJAJA.

KOBERA

KOBERA ADALAH BADAN NGO YANG TELAH DITEMPATKAN OLEH DBKL SEBANYAK 50 TAPAK KEPADA PENJAJA PENJAJA MEREKA DAN KEBANYAKANYA ADALAH DISEWAKAN KEPADA PENJAJA LAIN DENGAN KADAR RM 1200 SEBULAN ( MAKAN PENCEN ).

DINAMIK KINGDOM SDN BHD

DINAMIK KINGDOM SDN BHD ADALAH SEBUAH SYARIKAT SWASTA YANG TELAH MENYEWAKAN TANAH LAPANG DARIPADA ORANG PERSEORANGAN, DIKAWASAN ATAS BUKIT DITENGAH TENGAH KAWASAN AKTIVITI UPTOWN DANAU KOTA BEROPERASI. DINAMIK KINGDOM TELAH MEMBUAT LOT LEBIH KURANG 300 LEBIH DAN LOT LOT ITU DISEWAKAN  KEPADA PENIAGA DENGAN KADAR SEWAAN SEBANYAK RM 700 SEBULAN, SEMENJAK DARI TAHUN 2009 LAGI.

TAPAK PROMOSI

SEBELUM DARIPADA ITU, DBKL TELAH MELULUSKAN KEPADA PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA SEBANYAK 27 LOT YANG DIKENALI SEBAGAI TAPAK TAPAK PROMOSI DAN DISEWAKAN OLEH PENGANJUR KEPADA PENIAGA DENGAN KADAR SEWAAN SEBANYAK RM 1200 SEBULAN. KELULUSAN INI JUGA TELAH DIBUAT OLEH DBKL DALAM MASA KOMPLAIN DARIPADA PENDUDUK SEDANG HEBAT DIPERKATAKAN.

KESIMPULAN

SETELAH DIAMATI, SURAT INI TELAH CUKUP MEMBUKTIKAN BAHAWA PIHAK DBKL HARUS DIPERSALAHKAN DALAM PEKARA YANG MENYEBABKAN KEADAAN KAWASAN AKTIVITI UPTOWN DANAU KOTA INI MENJADI SIBUK, SEHINGGA KEADAAN JALAN KEPERUMAHAN AWAM MENJADI SESAK DENGAN KEENDERAN DAN TANPA PEMANTAUAN DARIPADA PIHAK DBKL DAN SEHINGGA MENJADI SATU TOPIK PERBINCANGAN DIDALAM PARLIMEN.

PIHAK PENGANJUR PULA TIDAK MENITIK BERATKAN TENTANG MASALAH INI DAN INI JUGA DAPAT DIBUKTIKAN DIDALAM PENYATA KEWANGAN TAHUN 2008, 2009, DAN 2010 KELIK DISINI.

PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA INI TELAH DISIFATKAN GAGAL MENJALANI 3 TUGASAN UTAMA KELIK DISINI.

HASIL DARIPADA KELEMAHAN DIDALAM PENTADBIRAN DBKL DI JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA SEHINGGA KEPERINGKAT ATASAN, DISAMPING KEGAGALAN PENGANJUR DALAM MEMAINKAN PERANANYA MENGANJURKAN UPTOWN DANAU KOTA INI, 333 PENJAJA BERLESEN YANG ASAL TELAH MENJADI MANGSA TIDAK DIBENARKAN BERNIAGA PADA HARI ISNIN DAN SELASA.

DEMI MENUTUP KELEMAHAN DAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK DBKL SENDIRI, PIHAK DBKL TELAH MEWAWARKAN DIDALAM AKHBAR BAHAWA UPTOWN DANAU KOTA AKAN DIPINDAHKAN ATAU DITUTUP DENGAN BERBAGAI LAGI ALASAN YANG TIDAK RELEVAN, DIYAKINI BERTUJUAN SUPAYA PENJAJA PENJAJA TIDAK MEMPERTIKAIKAN PEKARA YANG BERKAITAN DENGAN BERNIAGA ISNIN DAN SELASA.

Khamis, 13 Disember 2012

47) KINI BROCHURE SEBAGAI HEBAHAN PENGANJUR

PERMULAAN PENGANJUR MENGGUNAKAN 
BROCHURE UNTUK HEBAHAN 

10hb Jun 2012 setelah sokongan penuh diterima oleh Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja yang mana telah terbukti daripada surat diatas... dengan tanpa segan dan silu telah mengedarkan mengedarkan surat ini kepada penjaja.

Menurut daripada salah seorang daripada AJK Persatuan yang telah menemani mereka yang ingin mendapatkan pengesahan daripada penganjur ini perlu menandatangani satu surat akur janji yang mana diantara syarat akur janji itu Bayaran SEWAAN TAPAK (Tidak dinamakan maintanance lagi) hendaklah dibayar bermula daripada 24hb - 29hb.Jika lewat daripada tarikh ini Penganjur berhak MEMBATALKAN SEWAAN TAPAK DAN MERAMPAS LALU DIBERIKAN KEPADA PENYEWA LAIN.

Setiap yang menandatangi surat ini tidak dibenarkan membawa pulang barang satu Copy pun untuk dibawa pulang.
Pekara ini telah disaksikan oleh salah seorang daripada AJK persatuan.

Begitulah telah dipaparkan bukti bukti dengan fakta yang jelas,bagaimana Penganjur Ahmad bin Selamat menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi pihak DBKL di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA  dengan menggunakan kuasa yang ada dalam usaha mereka untuk menindas 333 penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang berlesen.

46) SURAT KELAKAR DARIPADA TUAN ROLAN

SURAT KELAKAR DARI TUAN ROLAN

Walaupun Berbagai usaha telah dilakukan demi membela hak penjaja disini, namun nasib penjaja tidak henti henti menerima tekanan daripada pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjajayang sentiasa menyebelahi kepada pihak Penganjur.
Pada 28 Mei 2012 satu surat pekeliling telah diedarkan oleh pihak DBKL yang mana telah mengejutkan penjaja penjaja disini.

Didalam surat yang telah ditandatangani oleh Y.Bhg Tuan Rolan 
sendiri telah mensyaratkan kepada setiap penjaja untuk memperbaharui lesen perniagaan sementara untuk Uptown Danau Kota perlu mendapat pengesahan daripada pihak Penganjur terlebih dahulu.

Dengan teredarnya surat ini jelas dan terbukti bahawa DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja bersetongkol dan bersekutu dengan Penganjur Mat Selamat dan mempunyai sesuatu kepentingan bersama didalam pengendalian
 Uptown Danau Kota.

Mereka yang sedang duduk di kerusi 
Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL harus ingat bahawa KEHADIRAN KAMU DISITU ADALAH DIATAS TIKET KERUSI PENJAJA DAN BUKANYA DIATAS TIKET PENGANJUR MAT SELAMAT.

Oleh itu menjaga kebajikan penjaja adalah menjadi tanggung jawab utama bagi kamu.Menjaga kepentingan Penganjur Mat Selamat adalah bukan tangungjawab kamu.


45) MINIT KUNJUNG HORMAT

 MINIT KUNJUNG HORMAT

Segala perbincangan dengan Y.Bhg Tuan Rolan Abd Rahman pada 9hb April 2012 itu telah diminitkan oleh Setiausaha Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota.

44) KUNJUNG HORMAT KEPADA TUAN ROLAN

SURAT UNTUK KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN



Sebagai sebuah Persatuan yang menjaga kebajikan penjaja,
menjalinkan hubungan baik dengan DBKL terutamanya di JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA adalah perlu dan ianya adalah salah satu langkah dan usaha bagi meleraikan kekusutan yang berlaku di Uptown Danau kota ini.

Untuk itu sepucuk surat daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota telah dihantar ke Jabatan pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah dihantar pada tarikh 05hb April 2012.




Satu panggilan telephone telah diterima daripada 

setiausaha Tuan Rolan Abd Rahman selaku Pengarah di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL untuk memperkenankan AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota melakukan KUNJUNG HORMAT keatas beliau.

Pada tarikh 09 April
satu rombongan daripada Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota yang terdiri daripada AJK seramai 8 orang telah melakukan
KUNJUNG HORMAT itu. 

43) UGUTAN PENGANJUR YANG BERTERUSAN

PENGANJUR YANG TIDAK HENTI HENTI MENJALANKAN KEMPEN
UGUTANYA & PEMBOHONGAN TERHADAP PENJAJA


Mat Selamat selaku Penganjur Uptown
 tidak habi habis dengan menuntut penjaja membayar Maintanance dengan mengunakan berbagai bentuk pembohongan sebagai UGUTAN KEPADA PENJAJA.

Ini terbukti dengan pengedaran surat yang bertarikh 16 Mac 2012 ini.Surat daripada DBKL seperti yang dinyatakanya didalam surat ini tidak pernah diterima oleh penjaja dan sedangkan tarikh 06 Mac 2012 adalah hari selasa yang mana Uptown ditutup kepada aktiviti perniagaan, bagaimana surat DBKL sebagai mana yang tertera didalam surat Mat Selamat ini dapat diedarkan ?

Dengan bukti yang telah dikeluerkan jelas menunjukan Mat Selamat selaku Penganjur Uptown ini banyak mengunakan taktik penipuan untuk mengugut penjaja bagi mendapatkan keuntung kepada dirinya sendiri.


42) MESYUARAT AGONG PERSATUAN

 MESYUARAT AGONG PERTAMA PERSATUAN

6 Mac 2012 tercipta satu lagi sejarah buat penjaja penjaja Uptown Danau Kota yang mana telah menubuhkan sebuah persatuan yang akan membela dan menjaga hak penjaja disini dengan mengadakan mesyuarat Agong yang pertama dengan jayanya.

UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN VIDEO MESYUARAT AGONG INI SILA KELICK GAMBAR DIBAWAH.



Barisan AJK PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA TAMAN SETAPAK INDAH KUALA LUMPUR dirakamkan semasa sidang Media berlangsung.

Majlis mesyuarat Agong ini telah diresmikan oleh Presiden NGO IKHLAS iaitu Y.Bhg En Ridzuan Abdullah.

UNTUK MENGIKUTI RAKAMAN VIDEO MESYUARAT AGONG INI SILA KELICK GAMBAR DIBAWAH.


41) SIJIL PERSATUAN

 SIJIL PERSATUAN

Beginilah sijil Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang disahkan oleh R.O.S telah diluluskan pada 07hb Disember 2011.

40) SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN

SURAT HEBAHAN UNTUK KEAHLIAN PERSATUAN

Pada 17hb Feb 2012satu surat pengumuman mengenai persatuan Peniaga Peniaga Uptown menjemput kepada semua penjaja untuk menyertai keahlian persatuan ini.333 penjaja disini telah diedarkan sebagai usaha Pihak Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk mempelawa penjaja penjaja Uptown Danau Kota menyertainya. 


39) DAFTAR MENGUNDI DILAKSANAKAN

PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI PARLIMEN 
WANGSA MAJU BERJALAN LANCAR

Selasa 17hb Jan 2012 

satu lagi detik sejarah penjaja Uptown Danau Kota telah tercipta.Atas usaha Persatuan Peniaga peniaga Uptown Danau Kota dengan kerja sama NGO IKHLAS Program PENUKARAN DAFTAR PENGUNDIAN UNTUK PRU KE 13 KE PARLIMEN WANGSA MAJU telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Usaha ini dilakukan adalah atas keprihatin Persatuan dan NGO IKHLAS dalam menyelesaikan masalah penindasan Penganjur Uptown yang disokongi oleh segelintir kakitangan DBKL yang berpengaruh keatas penjaja penjaja Uptown Danau Kota.
 

KELIK PADA GAMBAR DIBAWAH UNTUK MELIHAT RAKAMAN VIDEO UNTUK PART 1.
Begitu berseat dari kalangan penjaja sanggup melakukan apa sahaja demi dapat mengembalikan waktu berniaga mereka di Uptown Danau Kota ini seperti sedia kala...
Mereka sanggup menukarkan tempat mengundi mereka ke Parlimen Wangsa Maju walaupun telah bertahun tahun mereka mengundi dikawasan kediaman mereka sendiri... 

Peritiwa bersejarah 17 January 2012
 yang berlangsung di Foodcouts Uptown Danau Kota ini telah dibuat liputanya oleh Bernama TV dan RTM. Berita ini telah dihebahkan keseluruh tanah air

Jutaan terima kasih diucapkan kepada NGO IKHLAS kerana telah membantu Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota dalam usaha menyelesaikan kemelut di Uptown ini
daripada mula lagi...
 
UNTUK MENYAKSIKAN PART 2 RAKAMAN VIDEO INI SILA KELICK PADA GAMBAR 
DIBAWAH.

38) PERSATUAN ANJURKAN DAFTAR MENGUNDI UNTUK PARLIMEN WANGSA MAJU

ANJUR PROGRAM MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI 
PARLIMEN WANGSA MAJU

Memandangkan kemelut Penjaja Penjaja Melayu
 di Uptown Danau Kota langsung tidak mendapat perhatian daripada mana mana parti Politik samada pemimpin pemimpin dalam Kerajaan mahu pun pemimpin daripada kawasan Wangsa Maju sendiri.

Hasil buah fikiran daripada Presiden NGO IKHLAS dan dipersetuji sebulat suara oleh AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menganjurkan satu Program PENUKARAN ALAMAT MENGUNDI UNTUK PRU 13 DI PARLIMEN WANGSA MAJU pada tarikh 17hb Jan 2012.

Dengan persetujuan ini satu surat pekeliling yang bertarikh 15hb Jan 2012 telah diedarkan kepada 333 penjaja.
 

37) GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK

GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK
Pada pagi Sabtu bersamaan 14hb Jan 2012 penjaja yang terdiri daripada penyokong Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah berkumpul dihadapan Foodcourt untuk menyertai Program Gotong Royong anjuran Persatuan Penduduk.
Ikuti kisah sebenar didalam majlis ini dengan anda kelick gambar dibawah.
Pada hakikatnya penjaja Uptown ini adalah dari kalangan penjaja yang berhemah tinggi dan boleh dibawa berunding.Mereka dari kalangan orang orang yang bermasyarakat mampu menyesuaikan diri walau dimana sahaja.

Ini terbukti didalam Video yang dirakamkan semasa didalam majlis Gotong Royong Perdana...
Setelah jam menunjukan kepukul 1.30pm majlis ini telah mula berakhir dan penjaja penjaja telah mula bersurai.kelick pada gambar dibawah untuk menyaksikan Video Gotong Royong ini untuk Part 2.

36) DBKL JAWAB SURAT MENTERI WILAYAH

 DBKL TOLONG MENTERI WILAYAH JAWAB MENGENAI PEKARA 34

Surat Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang bertarikh 10hb Jan 2012 kepada Menteri Wilayah kemudian salinan kepada Tim Ketua Pengarah kemudian Pengarah Jabatan Pemudahcara dan kemudian salinan kepada Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL.

Tetapi apa yang peliknya PENGARAH DIJABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA iaitu Tuan Rolan Abd Rahman yang telahmenjawab surat ini dengan menolak permohanan Persatuan untuk memohon aktiviti perniagaan di Uptown dilaksanakan semasa cuti Musim Perayaan Hari Raya Cina bagi pihak penjaja.

Jelas kelihatan disini JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL sudah tidak releven menjalankan penghukumanya terhadap penjaja penjaja yang berlesen di Uptown ini, sedangkan ramai penjaja RAMBO di Kuala Lumpur dengan Penjaja daripada Warga Asing dibiarkan berleluasa berniaga dengan tanpa sebarang tindakan.






35) PENGANJUR MERASA TERGUGAT

PENGANJUR MERASA TERGUGAT 
DENGAN JALINAN PERSATUAN PENIAGA BERSAMA 
PERSATUAN PENDUDUK

Ternyata Penganjur Ahmad Selamat merasakan dirinya tergugat dengan kemunculan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota dengan menjalinkan hubungan yang erat bersama Persatuan Penduduk,lalu mengambil keputusan untuk menyertai Majlis Gotong Royong Perdana anjuran Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah ini.

Ini terbukti dengan pengedaran surat pekelilingnya yang bertarikh 12 Jan 2012 kepada 333 Penjaja disini dan sekali gus memgumumkan didalam surat ini bahawa beliau telah menyumbang kepada Persatuan Penduduk untuk majlis ini sebanyak RM1000.

Satu sumbangan yang agak mengejutkan penjaja kerana selama lebih 6 tahun menjadi penganjur di Uptown Danau Kota ini, baru kini didengari Penganjur Ahmad Selamat membuat sumbangan.

34) SURAT MOHON BERNIAGA DIPERAYAAN TAHUN BARU CINA KEPADA MENTERI WILAYAH

 SURAT KEPADA MENTERI WILAYAH 
UNTUK BERNIAGA DIMUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Atas semangat yang tidak pernah rasa jemu memperjuangkan nasib penjaja penjaja di Uptown ini, Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota berterusan mengutus surat kepada pihak pihak yang sememangnya berkuasa untuk memberi laluan dalam menyelesaikan masalah penjaja di Uptown Danau Kota ini.

Kali ini sepucuk lagi surat
 yang bertarikh 10 Jan 2012 telah diutuskan kepada Menteri Wilayah bagi memohon untuk laluan kepada penjaja penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti Perniagaan pada musim cuti perayaan SAMBUTAN HARI RAYA CINA.

Memandangkan perayaan sambutan Tahun Baru Cina untuk tahun 2012 jatuh pada tanggal 23 dan 24hb Jan bersamaan pada hari Isnin dan Selasa, jadi selesalah kiranya jika penjaja disini dapat menjalankan perniagaan pereka seperti biasa sebagai menambahkan pendapatan mereka.
Surat ini juga telah dihantarkan salinanya kepada Timbalan Pengarah DBKL, Pengarah dijabatan Pemudahcara Perniagaan dan pengurusan penjaja dan Timbalan Kanan dijabatan itu.











33) MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN PKPI

MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK

Menjalinkan hubungan baik
dengan Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah telah dimulakan oleh Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota semenjak dari Protem lagi dan Persatuan Penduduk disini amat menyokong akan penubuhan Persatuan Peniaga Peniaga disini.

Oleh itu Persatuan Penduduk
 telah menjemput Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota untuk menyertai bersama didalam MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA KAWASAN TAMAN SETAPAK INDAH yang akan berlangsung pada 14hb January 2012.

Persatuan Peniaga Peniaga telah mengambil langkah mengedarkan surat pekeliling yang bertarikh 06hb January 2012 untuk menjemput kepada semua penjaja penjaja Uptown bagi tujuan ini.










32) SUSULAN BAGI MEMPERCEPATKAN DIALOG

SURAT SUSULAN KEPADA PEKARA 25 

Setelah jawapan yang diterima daripada pihak DBKL
pada 14 Disember 2011 mengenai permohonan untuk diadakan dialog dengan status


Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menyerahkan sepucuk lagi surat sebagai susulan yang
 bertarikh 29hb Disember bagi 

MERAYU UNTUK DIPERCEPATKAN DIALOG YANG DISERTAI DARIPADA WAKIL DBKL, PENJAJA PENJAJA BERLESEN DAN PENGANJUR.




Didalam surat ini Pihak Persatuan danau Kota telah menyatakan beberapa sebab kepada JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL kenapa pentingnya perlu dipercepatkan majlis dialog diadakan.

Surat ini satu lagi bukti menunjukan bahawa Persatuan peniaga Peniaga Uptown Danau Kota ingin berkerjasama dengan pihak DBKL untuk menyelesaikan kemelut di Uptown Danau Kota yang berpunca daripada SIKAP TAMAK PENGANJUR Ahmad Selamat

31) ADUAN KEPINCANGAN PENGANJURAN UPTOWN KEPADA MENTERI WILAYAH

  ADUAN PERSATUAN MENGENAI 
KEPINCANGAN PENGANJUR KEPADA MENTERI WILAYAH

Setelah menubuhkan persatuan
adalah menjadi kewajipan keatas persatuan untuk memantau
 pergerakan penganjur keatas kebajikan penjaja dan melapurkan segala kepincangan penganjur kepada pihak tertinggi setelah pihak bawahan tidak sudi untuk mengambil sebarang tindakan keatas penganjur, walaupun beberapa bantahan secara terang keatas
penganjur oleh Penjaja tidak diendahkan.

Oleh itu sepucuk surat yang bertarikh 29hb Disember telah diajukan kepada Menteri Wilayah dengan menyertakan fakta fakta kepincangan penganjur Uptown Danau Kota.



 

30) KENYATAAN KP MEMBENARKAN PENJAJA UPTOWN BERNIAGA BERSAMA PENIAGA PASAR MALAM

KENYATAAN KP DIDALAM AKHBAR 
MEMBENARKAN PENJAJA BERNIAGA BERSAMA DENGAN PENJAJA
 PASAR MALAM

Atas Usaha penjaja sendiri
dengan dibantu oleh IKHLAS MALAYSIA dan pihak MEDIA membuat liputan semasa PIKET KEPEJABAT WEE CHOO KEONG pada 15hb Disember yang lalu, akhirnya Ketua Pengarah Dato' Hj Salleh Yusof pada 25hb Disember 2011, telah membuat kenyataan didalam akhbar Sinar Harian dengan memberi kebenaran kepada penjaja Uptown Danau Kota menjalankan aktiviti perniagaan pada setiap hari Khamis.

Keputusan ini amat tidak disenangi
oleh Penganjur Uptown kerana beliau tidak dapat mengutip hasil untuk aktiviti Pasar Malam sebagaimana yang telah diwawarkanya akan mengenakan RM50 untuk setiap penjaja.


29) PERMOHONAN STATUS PASAR MALAM KEPADA UPTOWN DITOLAK

PERMOHONAN AJK BERTINDAK SEPERTI DIDALAM PEKARA 2I DITOLAK

Pihak DBKL terus memberikan tekanan
kepada penjaja disini dengan langsung tidak memberikan ruangan untuk penjaja penjaja BAZARIA LARUT MALAM UPTOWN menjalan kegiatan perniagaan beserta sengan penjaja penjaja Pasar malam.

Ini terbukti dengan pengedaran surat pekeliling
 yang bertarikh 21hb Disember 2011 kepada 333 penjaja disini walaupun AJK bertindak telah mengutuskan permohonan kepada pihak DBKL dengan surat yang bertarikh 12hb Disember 2011 seperti yang tersebut didalam pekara 21, namun hampa.

28) UGUTAN PENGANJUR

SURAT UGUTAN DARIPADA PENGANJUR

Penganjur Ahmad bin Selamat
 masih dengan sikap Zionisnya dengan mengedarkan surat amaranya kepada penjaja yang tidaka membayar caj perhidmatan dengan mengugut untuk membatalkan lesen penjaja.

MEMPERJUANGKAN NASIB PENJAJA LANGSUNG TIDAK, APA YANG DIPENTINGKANYA ADALAH POKETNYA SENDIRI.

Disebabkan kezalimanya,  hampir lebih daripada 150 penjaja berlesen tidak membayar caj perhidmatan kepada beliau sebagai tanda Protes.