SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA

EMAIL

persatuanpeniagadanau@yahoo.com
persatuanuptown@gmail.com

Selasa, 24 Julai 2012

CONFIRM PENGANJUUR KENAKAN 5K UNTUK 27 TAPAK PROMOSI DI UPTOWN DANAU KOTA


Selamat menjalankan ibadah Puasa 
diucapkan kepada umat Islam seluruhnya. Semuga dengan kehadiran Ramadan kali ini kekuatan untuk kita mengisikan dengan memperbanyakan ibadat akan terlaksana Inshaallah.

Ramadan adalah bulan yang istimewa yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat Muhammad. Ramadan adalah satu bulan yang dipenuhi dengan barakah yang tidak terhitung banyaknya, 
bagi mereka yang menghayatinya.

Semuga dengan barakah daripada Ramadan yang mulia, saya mengambil kesempatan untuk menulis didalam Blog ini menjelaskan mengenai kepincangan yang sedang dilakukan oleh penganjur Uptown Danau Kota iaitu Ahmad bin Selamat, agar diberi petunjuk oleh Allah dan dibukakan jalan baginya untuk segera berambus daripada menjadi penganjur Uptown Danau Kota ini.


Apa yang menyedihkan apabila penganjur Ahmad Selamat telah meletakan harga kepada 27 Tapak Promosi di Uptown Danau Kota yang selalunya disewakan pada kadar RM 1200, tetapi pada bulan ramadan ini tetap dinaikan sebanyak RM 5K kepada penyewa yang sememangnya bertahun tahun menjalankan perniaga diatas tapak itu. 

Ramai dari kalangan penjaja yang menduduki Tapak Promosi di Uptown Danau Kota ini tidak berpuas hati dengan tindakan penganjur Ahmad Selamat yang terlalu menindas mereka, lebih lebih lagi dalam keadaan perniagaan sekarang ini yang mengalami kemerosotan. Tetapi mereka tidak berani berbuat apa apa kerana dikhuatiri tapak mereka akan ditarik balik. 


Jika dilihat pada carta diatas, penganjur Uptown Danau Kota Ahmad bin Selamat telah meraih pendapatan melalui hasil penindasan keatas 27 penjaja yang menduduki Tapak Promosi adalah lebih daripada RM 40K sebulan. Ini bermakna jika 333 penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota tidak MEMBUAT SUMBANGAN  kepada penganjur ini, Ahmad Selamat tetap berhasrat untuk meneruskan penganjuran 
Uptown  Danau Kota ini. 


Untuk menjimatkan kos, penganjur Ahmad Selamat telah menggunakan khidmat daripada pekerja WARGA ASING yang tidak mempunyai PERMIT KERJA ( Kosong ) bagi kerja kerja pembersihan dikawasan aktiviti Uptown Danau Kota.


Untuk bulan Ramadan ini lebih kurang 15 pekerja daripada Warga Asing telah bekerja sebagai menyapu sampah pada setiap hari untuk aktiviti Bazaar Ramadan dan aktiviti Bazaria Larut Malam Uptown Danau Kota dengan bayaran sebanyak RM 20 sehari bagi setiap seorang.


Secara tidak langsung penganjur Uptown Danau Kota ini adalah PENAJA kepada PEKERJA WARGA ASING TANPA PERMIT yang mana adalah menyalahi disisi undang undang Negara. Diharap kepada pihak yang bertanggung jawab menangani gejala ini perlu bertindak dengan segera sebelun Uptown Danau Kota dicemari dengan perkeja pekerja dari Warga Asing yang memasuki Negara dengan secara tanpa izin.


Sebagai Penganjur Uptown Danau Kota, Ahmad Selamat seharusnya menjalankan tangung jawabnya memberi keselesaan dilaluan masuk ke Uptown Danau Kota ini. Oleh kerana terlalu ingin menjimatkan kos, penganjuran, Ahmad Selamat  telah menggunakan PERHIDMATAN DARIPADA KUN KUN DAN TALI PLASTIK untuk mengawal kesesakan dilaluan masuk ke Uptown Danau Kota ini. Keadaan akan menjadi lebih sesak apabila dimusim cuti hujung minggu dan cuti cuti perayaan.

Inilah yang sedang berlaku di Uptown Danau Kota. Persoalanya adakah layak penganjur Ahmad Selamat terus dikekalkan untuk penganjuran Uptown Danau Kota ??? Kepada pengunjung Blog ini, dengan hormatnya diminta meluahkan komen anda disini.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Terima Kasih. 








Jumaat, 20 Julai 2012

PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA, MAT SELAMAT BERBOHONG LAGI DIDALAM UTUSAN MALAYSIA.


Sekali lagi kita bersua didalam halaman ini. 
Sentiasa kami doakan agar sahabat sahabat semua agar beroleh kesejahteraan 
dan dipermudahkan oleh Allah didalam menjalani 
kehidupan seharian.


Sebelum itu terlebih dahulu kami mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA 
kepada seluruh umat Islam yang mengunjungi Blog kami ini.

Dalam seminggu dua ini  Facebook ( Add kami disini ) kami telah dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai kemelut Uptown Danau Kota yang sedang hebat diperkatakan ketika ini. Ya lah, maklum ajalah, setiap minggu ada sahaja berita mengenai Uptown Danau Kota yang keluar dimuka akhbar sebagai tatapan pembaca dari seluruh negara. Keadaan ini ada bagusnya juga kepada penjaja penjaja disini, kerana selama hampir 7 tahun penganjur Uptown Danau Kota iaitu En Ahmad bin Selamat tidak pernah mempromosikan dimana mana akhbar tempatan mengenai aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini. 

Kemelut yang berlaku di Uptown Danau Kota 
ini jika dihalusi telah banyak membawa kesan yang positif kepada penjaja penjaja disini. Ini kerana ianya telah memecahkan tembelang penganjur Ahmad Selamat dalam misi penindasanya terhadap 333 penjaja disini melalui liputan yang dibuat oleh Akhbar kepada umum. Melalui berita berita yang dikeluarkan mengenai Uptown Danau Kota dimuka muka Akhbar tempatan, pengunjung yang datang ke Uptown Danau Kota telah bertambah dari masa kesemasa dan ini juga telah menambahkan pendapatan kepada penjaja disini. Alhamdulillah, rezeki dari Allah kepada penjaja yang ditindas.


Baru baru ini Wartawan Utusan Malaysia 
telah datang menemui wakil Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota  dengan tujuan untuk menemuramah mengenai perkembangan kemelut di Uptown Danau Kota. Wakil daripada persatuan iaitu En Ahmad Fauzi Abd Karim selaku Pengerusi bersama dengan Setiausaha Persatuan iaitu En AI Zamruddin bin Ayob ( Nik Cincin ) telah tampil mengemukan SEJARAH KEBANGKITAN PENENTANGAN PENJAJA TERHADAP PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA  iaitu Ahmad bin Selamat secara detail, disertakan dengan bukti dan fakta kepada Wartawan Utusan, saudara Muhamad Aimy Ahmad.

Pada Selasa 17 Julai 2012 berita mengenainya telah dikeluarkan didalam Utusan Malaysia. 
Setiap kali berita mengenai kemelut di Uptown Danau Kota keluar diakhbar sebenarnya juga, secara tidak langsung telah menjatuhkan imej Jabatan Pemudahcara & Pengurusan Penjaja DBKL, yang dikira GAGAL memainkan peranannya sebagai PBT yang diamanahkan oleh kementerian Wilayah bertanggung Jawab untuk menyelesaikan isu isu mengenai penjaja didalam Wilayah Persekutuan.

SURAT AKUJANJI DARIPADA PENGANJUR 
YANG LEBIH DARIPADA 160 PENJAJA MEMPROTES.

Dalam temu ramah bersama Wartawan Utusan Malaysia pada hari itu, 
Pengerusi Persatuan En Ahmad Fauzi lebih menekan kepada isu penjaja penjaja yang tidak dibenarkan memperbaharui lesen oleh pihak DBKL. Ini kerana setiap penjaja yang ingin memperbaharui lesen perlu mendapat satu surat pelepasan daripada penganjur Uptown Danau Kota terlebih dahulu.Syarat baru daripada DBKL yang dikenakan kepada penjaja ini, telah memberi satu ruang kepada penganjur Ahmad Selamat  iaitu mengenakan syarat baru kepada penjaja yang ingin mendapatkan surat pelepasan, perlu menandatangani satu surat AKUJANJI daripada pihak penganjur terlebih dahulu.


Ini terbukti dengan pengakuan yang dibuat oleh penganjur Uptown 
Ahmad Selamat sendiri didalam Utusan Malaysia yang bertarikh 17 Julai 2012 seperti diatas. Ahmad Selamat secara terang telah membuat pembohongan dengan menyatakan tidak ada apa apa permainan didalam syarat baru yang dikenakan keatas penjaja sebagai mana surat AKUJANJI yang wajib ditandatangani oleh penjaja seperti yang dipamirkan diatas.


Dengan terpanpangnya gambar diatas didalam Blog ini 
anda sendiri boleh menilai adakah penganjur Ahmad Selamat ini berkata benar didalam akhbar diatas...??? Nah kami tunjukan lagi bukti penipuan penganjur Ahmad Selamat ini, Anda kelik disini, anda akan menemukan banyak lagi bukti bukti penipuan penganjur ini. 


Penganjur Ahmad Selamat telah 2 kali membuat kenyataan yang sama didalam akhbar, yang mana telah menyatakan RM 150 beliau tidak mampu berbuat apa apa, iaitu pada 21 Jun 2011 dan yang terbaru pada 16 Julai 2012 didalam Utusan Malaysia, tetapi apa yang peliknya walau pun telah hampir setahun, lebih daripada 160 penjaja yang protes, tidak MEMBUAT SUMBANGAN kepada penganjur ini lagi, beliau masih terus ingin menjadi penganjur disini, walaupun telah membuat kenyataan TIDAK MEMPU BERBUATA APA APA DENGAN RM 150.

Dengan penjelasan ini kami harap kepada pengunjung pengunjung Blog ini dapat memahami 
kenapa ramai dari kalangan penjaja penjaja disini tidak membuat SUMBANGAN kepada penganjur Ahmad bin Selamat ini lagi. Kami juga berharap ramai daripada kakitangan DBKL yang dapat membaca isi kandung Blog ini agar boleh dijadikan sebagai cermin untuk membuat penilaian keatas penganjur Ahmad bin Selamat.


Kepada Ahmad Selamat, kami juga berharap agar dapat mambaca Blog kami ini 
dan bersempena dengan Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba besok, kami beramai ramai BERDOA KEHADRAT ALLAH agar diberi kesedaran keatas kamu  mengenai MISI PENINDASAN TERHADAP 333 PENJAJA yang telah kamu lalukan selama ini dan dengan kesedaran ini agar kamu SEGERA BERAMBUS daripada Uptown Danau Kota, kerana ada ramai lagi yang boleh menganjurkan Uptown ini dalam keadaan yang lebih baik lagi.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih



Sabtu, 14 Julai 2012

MELAYU ROGOL MELAYU


Hari ini didalam Wall FB pengarang Blog Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota, 
telah terpanpang satu artikal kecil yang berupa keratan akhbar yang tidak diketahui bila tarikh sebenarnya dan artikal ini adalah daripada Y. Bhg Dr Ridhuan Tee Abdullah.


Walaupun artikal ini agak kecil 
tetapi dirasakan agak sesuai untuk dibincangkan disini, kerana ianya berhubung kait dengan BANGSA MELAYU. Bangsa Melayu yang ashik MABOK berbangga dengan sejarah lama yakni sejarah " Oyang Aku, Atok Aku, Ayah Aku " sehingga mereka lupa SIAPA AKU sebenarnya hari ini.

 Sikap Melayu lama, yang masih tertanam didalam jiwa Bangsa Melayu
yakni, tidak suka berfikir panjang, mengambil ringgan dengan pekara yang remeh, takut yang tidak kena pada tempat, bertindak mengikut pandai sendiri dan akhirnya merungut rungut dibelakang setelah segalanya menjadi milik orang lain, adalah sebahagian daripada faktor penyebab Bangsa Melayu mudah ditindas dan tiada mendapat pembelaan daripada bangsa sendiri.

Sikap ini juga telah memberikan ruang yang amat luas keatas Bangsa Melayu 
untuk ditindas oleh bangsa bangsa lain, mahu pun Bangsa Melayu itu sendiri bagi meraih kepentingan peribadi mereka dan ini terbukti dengan apa yang berlaku keatas 333 penjaja di Uptown Danau Kota. Rata rata penjaja di Uptown Danau Kota adalah terdiri daripada Bangsa Melayu, walaupun telah berbagai tindakan dalam bentuk rayuan kepada pihak pemimpin daripada bangsa sendiri telah dilakukan, namun hingga kini tiada sebarang PEMBELAAN dilaksanakan keatas nasib penjaja penjaja dari Bangsa Melayu disini.


Terkini seramai lebih daripada 160 penjaja penjaja Uptown Danau Kota, 
yang disekat oleh pihak DBKL daripada memperbaharui lesen mereka akibat tidak menandatangani surat AKUJANJI ciptaan penganjur Ahmad bin Selamat dan apa yang dapat dilihat disini, bahawa DBKL adalah sebuah PBT  yang mana 90% daripadanya adalah terdiri dari Bangsa Melayu juga tidak mampu untuk memberikan pembelaan terhadap Bangsa Melayu, sebaliknya dengan kuasa yang mereka sandang, sebahagian daripada mereka bertungkus lumus berusaha menindas Bangsa Melayu, demi mengaut kepentingan peribadi. Inilah pahit maung yang terpaksa ditelan oleh penjaja penjaja di Uptown Danau Kota hari ini.


Penganjur Uptown Danau Kota, Ahmad bin Selamat yang berbangsa Melayu ( Gambar diatas ) adalah salah seorang contoh TOKOH PENINDAS BANGSA MELAYU di Uptown Danau Kota. Atas sokongan kuat daripada beberapa kakitangan DBKL beliau bebas melakukan apa sahaja termasuk menjalankan aktiviti penindasan yang hebat terhadap penjaja penjaja disini. Kini beliau bersama dengan kuncu kuuncunya sedang giat melancarkan kempen kepada penjaja penjaja disini agar segera menandatangani surat AKUJANJI sebagaimana gambar dibawah, dengan memberikan alasan Dato' Bandar yang baru akan bertindak menarik lesen sesiapa yang mengingkari kehendak penganjur diatas.


Diatas adalah bentuk AKUJANJI yang perlu ditandatangani 
oleh 333 penjaja Uptown Danau Kota sebagai syarat untuk mendapatkan surat pelepasan memeperbaharui lesen kepada DBKL oleh penganjur diatas. Kebanyakan penjaja yang menandatangani AKUJANJI diatas adalah mereka yang didalam keterpaksaan dan yang selebihnya itu adalah dari kalangan mereka yang masih lagi mengekalkan sikap Melayu lama, iaitu tidak suka berfikir panjang, mengambil ringgan dengan pekara yang remeh, takut yang tidak kena pada tempat, bertindak mengikut pandai sendiri dan akhirnya merungut rungut dibelakang setelah segalanya menjadi milik orang lain sebagaimana yang telah diperkatakan diatas tadi, mengenai SIKAP ORANG MELAYU.


Kenyataan yang dibuat oleh Y. Bhg Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah 
diatas adalah bertepatan sekali dan tidak boleh dinafikan, kerana ianya telah benar benar berlaku kepada 333 penjaja penjaja di Uptown Danau  Kota, Y,Bhg En Ridzuan Abdullah selaku Presiden NGO IKHLAS telah berusaha dengan penuh keikhlas didalam MEMBELA dan memperjuangkan nasib 333 penjaja penjaja Bangsa Melayu yang ditindas oleh penganjur diatas, bersama dengan sekutunya yang terdiri daripada beberapa kakitangan DBKL yang berkuasa keatas penjaja.


SPRM satu ketika dahulu adalah sebuah Jabatan 
yang amat disegani dan digeruni oleh kalangan mereka yang mengamalkan RASUAH, atas ketegasanya  menjalankan tanggung jawab sehingga pembelaan dan keadilan dapat ditegakkan didalam jabatan ini. SPRM hari ini yang dikuasai oleh Bangsa Melayu, kelihatan terpaksa memilih jenis jenis aduan untuk sesuatu tindakan dijalankan, walau pun sesuatu aduan itu disertakan dengan bukti bukti lengkap.

Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota 
juga tidak terlepas daripada membuat tindakan dengan mengadukan pekara salah laku Penganjur Uptown Danau Kota bersama sekutunya dalam aktiviti penindasan mereka terhadap 333 penjaja disini kepada SPRM, dengan menyertakan segala bukti bukti sahih mengenai salah laku penganjur ini, tetapi sehingga kehari ini masih lagi tiada kelihatan sebarang tindakan daripada Jabatan ini.

Apabila diteliti daripada kenyataan Y.Bhg Dr Ridhuan Tee Abdullah diatas 
adalah benar belaka, jangan kata ada individu dari kalangan Bangsa Melayu untuk bangun membela keatas Bangsa Melayu, jabatan jabatan yang dikuasai oleh Bangsa Melayu juga tidak mampu untuk membela nasib Bangsa Melayu hari ini.

Alangkah baiknya jika kemajuan negara hari ini diterajui oleh kepimpinan Melayu dengan mengekalkan prinsip KEPIMPINAN MELAYU LAMA yang tidak mengutamakan KRONISME dan pastinya PEMBELAAN terhadap nasib BANGSA MELAYU hari ini akan terus terlaksana.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih




Isnin, 9 Julai 2012

PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA SEPERTI ANJING BUSUK KEPALA



Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota akan terus berjuang demi mempertahankan hak keatas penjaja penjaja disini, yang berterusan ditindas oleh penganjur yang sedia ada. Persatuan Penjaja disini akan terus memainkan perananya sebagai sebuah persatuan yang akan menjaga dan membela nasib penjaja penjaja di Uptown Danau Kota ini, walau pun berbagai bentuk tindakan telah dilakukan, namun tidak menampakkan sebarang kejayaan.

Tindakan Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang mengikut protokol tidak diendahkan oleh pihak DBKL yang seolah oleh mencabar kewibawaan Persatuan dan sekali gus mencabar kewibawan 333 penjaja Melayu disini.

Penjaja Penjaja Uptown Danau Kota akan sanggup berbuat apa sahaja unutk mempertahankan hak 
mereka. Selain daripada berpiket yang terbaru pada 26 Jun 2012 penjaja penjaja dibawah payung Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.


Hampir 2 minggu pekara ini telah dilaksanakan, namun hingga kini tiada sebarang bentuk pembelaan daripada pihak atasan terhadap 333 penjaja penjaja di Uptown Danau Kota. Pihak penganjur tetap dengan agendanya, DBKL tetap dengan keputusannya menyokong kepada pihak penganjur sementara penjaja terus tertekan dengan sikap pihak atasan yang tidak mengambil tahu tentang nasib mereka disini.

Sikap pihak atasan yang memperlakukan kepada 333 penjaja disini SEPERTI ANJING BUSUK KEPALA, maka dengan ini Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota yang dibantu oleh NGO IKHLAS, akan menghantar satu sanarai nama nama pelesen yang tidak dapat memperbaharui lesen akibat daripada melakukan protes terhadap penganjur dan pekara ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat sebagai tindakan susulan.


Jika usaha ini masih lagi menemui jalan buntu, Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota Taman Setapak Indah Kuala Lumpur bersama 333 penjaja tidak akan teragak agak untuk mengemukakan masalah ini secara resmi kepada PARTI PEMBANGKANG dan bertindak meminta bantuan GUAMAN daripada pihak PEMBANGKANG untuk menyelesaikan masalah Uptown Danau Kota, yang telah berlarutan selama lebih daripada setahun.

333 penjaja dibawah payung PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA  lebih rela MENAIKKAN BENDERA PEMBANGKANG diseluruh pelusuk kawasan aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini, daripada AKUR dengan kehendak PENGANJUR AHMAD SELAMAT dan  KEHENDAK DBKL yang bersetongkol dengan KEGIATAN PENINDASAN PENGANJUR.

Apalah ada dengan SLOGAN yang bagus seperti BERSIH CEKAP AMANAH, CEMERLANG GEMILANG TERBILANG atau pun RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, sedang perlaksanaan tidak menepati sebagaimana yang dislogankan. Terbukti pemimpin pemimpin Melayu diperingkat atasan hari ini, masih lagi mengekalkan PRINSIP MELAYU LAMA iaitu DAGANG LALU NASI DITANAKKAN, SUAMI PULANG KEBULUR TAK MAKAN, KERA DIHUTAN DISUSU SUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KEBULURAN. Rakyat tempatan merintis, mengeluh dan mengadu kesana kemari seperti ANJING MENYALAK BUKIT  namun tiada siapa pemimpin pemimpin atasan yang ingin ambil tahu dengan masalah kami 333 penjaja Uptown Danau Kota ini.

Oleh itu kami penjaja penjaja Uptown Danau Kota tidak akan menyokong kepada SLOGAN daripada seseorang pemimpin. Kami akan menyokong kepada perlaksanaan oleh PEMIMPIN yang benar benar menjalankan kewajipan dan menjaga kebajikan rakyat, walaupun pemimpin itu tidak mempunyai sebarang SLOGAN. Itulah jenis pemimpin yang kami citakan.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih.








Ahad, 8 Julai 2012

LEBIH DARIPADA 160 PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA TIDAK DIBENARKAN MEMPERBAHARUI LESEN

Lebih daripada 160 penjaja Uptown Danau Kota 
daripada 333 peniaga yang ada,  hari  ini  telah menjalankan kegiatan perniagaan mereka 
dengan tanpa dapat memperbaharui lesen perniagaan mereka oleh pihak DBKL.

Lesen penjaja yang telah tamat tempoh

Syarat baru yang dikenakan oleh pihak DBKL di Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja, yang mana setiap penjaja disini perlu mendapat pengesahan daripada penganjur terlebih dahulu untuk memperbaharui lesen. Syarat ini telah memberikan ruangan kepada pihak penganjur untuk menjanakan lagi aktiviti penindasanya keatas penjaja penjaja disini dengan mengenakan syarat lain pula keatas penjaja, yang mana setiap penjaja yang ingin mendapatkan pengesahan daripada penganjur Ahmad Selamat perlu menandatangani satu surat AKUJANJI terlebih dahulu.

Tindakan daripada penganjur ini telah menambahkan lagi kebencian penjaja terhadap penganjur Ahmad
Selamat dan telah menyebabkan lebih daripada 160 penjaja bertindak tidak menandatangani surat AKUJANJI penganjur ini sebagai tanda PROTES.

Atas nasihat NGO IKHLAS, PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA  telah bertindak mengumpulkan lesen penjaja penjaja yang tidak mahu menandatangani surat AKUJANJI daripada penganjur untuk disampaikan kepada pengetahuan PM untuk kali kedua mengenai isu Uptown Danau Kota dalam masa yang terdekat ini.

Photocopy lesen lesen penjaja yang telah dibinding untuk diserahkan kepada PM

Sebahagian daripada penjaja disini yang  menandatangani surat AKUJANJI penganjur ini adalah atas dasar terpaksa. Ini disebabkan ada dikalangan owner tapak berkenaan yang menyewakan tapak mereka kepada penyewa lain dengan kadar tertentu pada setiap bulan. Sebagai satu cara yang mudah bagi mereka adalah menandatangani sahaja surat AKUJANJI penganjur ini walaupun dimasa masa yang akan datang pekara yang dilakukan oleh mereka ini akan lebih menyusahkan lagi kepada penjaja penjaja disini.

Jika dilihatkan daripada gelagat penganjur Ahmad Selamat ini, setelah kegagalanya untuk menaikan kadar CAJ PERHIDMATAN daripada RM 150 kepada RM 300 tempoh hari, beliau telah berusaha mencari jalan untuk merealisasikan impianya itu. Oleh yang demikian SYARAT BARU daripada Jabatan Penudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah memberi ruang yang luas untuk penganjur ini mencapai impian tersebut.

DBKL dibawah pentadbiran KETUA PENGARAH Yang Bhg. Dato' Hj Salleh Yusof perlu campur tangan dalam menangani masalah ini, agar tidak membiarkan ianya berpanjangan, kerana perbuatan membiarkan masalah 333 penjaja Uptown Danau Kota ini berlarutan sedikit sebanyak akan memjejaskan KEWIBAWAAN DBKL dan nama baik beliau sendiri, yang telah menyambung perhidmatanya untuk tempoh 2 tahun lagi.

Ketua Pengarah DBKL

DBKL harus peka dengan tindakanya yang membiarkan 333 penjaja penjaja Uptown Danau Kota ditindas oleh penganjur dengan tanpa mendapat pembelaan itu telah mendapat cemuhan daripada pihak luar. Banyak dari kalangan blogger dan akhbar telah menyiarkan pekara ini kepada umum.

DBKL harus mengambil pendekatan yang sama dengan KPDNKK iaitu LEBIH KEPADA BERBINCANG bersama penjaja didalam menangani masalah penjaja, ini yang telah diperkatakan oleh Pengarah KPDNKK Encik Abu Samah bin Shabudin sewaktu kunjung hormat NGO IKHLAS bersama AJK Persatuan Peniaga Peniaga Uptown Danau Kota kepejabatnya 2 bulan lepas.

Kunjung hormat bersama NGO IKHLAS kepejabat KPDNKK 4hb Jun 2012

Sikap Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL dengan cara lama yang hanya mengenakan tindakan terhadap penjaja kini sudah tidak releven untuk dipraktikan pada masa kini. Jabatan ini perlu menunjukan satu persembahan yang baru dalam menangani masalah penjaja yang kebanyakan penjaja hari ini adalah terdiri daripada golongan yang berpelajaran dan bijak pandai.


Tindakan segelintir daripada kakitangtan Jabatan ini yang mencari kepentingan peribadi melalui kerusi yang diduduki oleh mereka secara terang terang telah menyebabkan integriti Jabatan ini tercemar, sehingga banyak masalah mengenai penjaja tidak dapat diselesaikan. Tindakan mereka ini juga sekali gus merosakan kepercayaan dan hilang hormat dari kalangan penjaja terhadap pegawai pegawai dijabatan ini.

Oleh itu Dato' Bandar Kuala Lumpur juga harus dipertanggung jawabkan dalam menangani masalah ini, demi  menjernihkan semula imej dan integriti DBKL yang kian tercemar, pada pandangan masyarakat akibat daripada perbuatan segelintir kakitangan dijabatan ini yang mencari kepentingan peribadi.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih









Sabtu, 7 Julai 2012

TAPAK BERNIAGA DI UPTOWN DANAU KOTA UNTUK DISEWAKAN.



Kepada sesiapa yang ingin menyewa tapak perniagaan
 di Uptown Danau Kota untuk bulan Ramadan Al Mubarak ini 
sila hubungi ditalian 0142308873.

Sehingga kini terdapat 3 tapak di Uptown Danau Kota
yang ingin disewakan kepada sesiapa yang berminat. Keluasan tapak 8' x 8'
dan sementara boleh ditambah kebelakang, sehingga menjadikan 20' kebelakang.

Waktu perniagaan
di Uptown Danau Kota kini bermula
daripada pukul 8 malam sehingga ke pukul 4 pagi.

Uptown Danau Kota
yang kian popular dan kini menjadi salah satu tempat sasaran Warga Kota berbelanja
adalah terbaik untuk anda melimpahkan barang dagangan anda disini, khasnya barangan untuk keperluan Hari  Raya yang kian menjelma ini.


SEKIAN TERIMA KASIH

Khamis, 5 Julai 2012

PENJAJA UPTOWN DANAU KOTA AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN MANGSA PELAYARAN TITANIC. MATI KESEJUKAN

ISU BB PLAZA
UPTOWN DANAU KOTA

Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.
Ahmad berkata, UDA telah menerima permohonan rasmi daripada Tradewinds dan beberapa syarikat lain yang berminat untuk menyertai projek itu. – BERNAMA


Hasil daripada tindakan UDA Holding mengusir peniaga peniaga yang kebanyakanya dari kalangan Bumiputra, keluar dari BB Plaza, wakil daripada peniaga disini telah mohon jasa baik NGO IKHLAS untuk menangani isu ini. Campurtangan NGO IKHLAS telah memimpin peniaga peniaga disini sehingga ke Putrajaya menyerahkan satu Memorandum kepada Perdana Menteri, lihat disini dan untuk melihat video peristiwa itu kelik sini

Selang tidak sampai seminggu selepas penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri  keputusan untuk tidak merobohkan BB Plaza telah pun dibuat dan berita ini telah tersebar di dalam My Metro, lihat disini. Dengan keputusan ini peniaga peniaga BB Plaza akan terus mengecapi suasana perniagaan seperti biasa.

Sebaliknya pula yang berlaku di Uptown Danau Kota, semenjak daripada tahun lepas lagi 333 penjaja berlesen, yang menjalankan perniagaan mereka di atas tapak PARKING, dipinggir kota yang mana kegiatan perniagaan mereka diwaktu tengah malam, telah berjuang mempertahankan HAK mereka, namun kini tiada siapa yang ambil peduli dengan nasib mereka.

Demi memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mengharapkan perhatian daripada mana mana PARTI POLITIK, mereka telah MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI DI PARLIMEN WANGSA MAJU. Anda boleh lihat disini . Sebelum daripada itu, demi mempertahankan HAK mereka, penjaja penjaja ini telah membuat bantahan terhadap terhadap Wee Choo Keong, anda boleh mendapat info mengenai pekara ini disini. Malah berbagai usaha mereka MEMERANGI PENINDASAN YANG DILAKUKAN OLEH PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA DAN SEKUTUNYA terhadap 333 penjaja disini, namun tiada mendapat sebarang simpati daripada mana mana pihak atasan.

Segala keluhan, rintihan dan rayuan mereka didalam Akhbar dan Media umpama air yang lalu, hanyut begitu sahaja dan tidak membawa sebarang kesan. Apakah disebabkan mereka dari kalangan penjaja tepi jalan yang dianggap oleh pihak atasan tidak layak untuk menerima sebarang pembelaan ??? Apakah penjaja Uptown Danau Kota yang dianggap oleh pihak atasan sebagai LOW CLASS yang hanya sesuai untuk dijadikan bahan SANTAPAN kepada Penganjur Ahmad Selamat dan SEKUTUNYA daripada beberapa kakitangan DBKL ???  

Kepada pihak yang berkuasa harus menangani pekara ini dengan segera dan tidak membiarkan mereka menerima NASIB YANG SAMA DENGAN MANGSA PELAYARAN TITANIC yang mana golongan LOW CLASS akhirnya mati kesejukan. 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka juga adalah penyumbang kepada ekonomi Negara.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih




Rabu, 4 Julai 2012

PENGANJUR UPTOWN AHMAD SELAMAT GAGAL MENJALANKAN 3 TUGASAN DENGAN UPAH 1.5 JUTA SETAHUN


Bazaria Larut Malam Danau Kota yang lebih sinonim dengan nama Uptown Danau Kota telah mula menjalankan kegiatanya sebagai pusat perniagaan kepada penjaja penjaja kecil sekitar Kuala Lumpur pada 17 Feb 2006. Sehingga kini Uptown Danau Kota telah menempatkan seramai 333 penjaja yang berlesen yang menjalankan kegiatan perniagaan diatas tapak parking kereta disekitar kawasan rumah kedai Taman Setapak Indah Kuala Lumpur pada sebelah malam.

Penganjuran Uptown Danau Kota ini telah diamanahkan oleh pihak DBKL kepada Persatuan Penjaja Penjaja dan Peniaga Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan Cawangan Setapak / Genting Kelang yang dipengerusikan oleh Ahmad bin Selamat. Tiga pekara PALING UTAMA sebagai penganjur Uptown Danau Kota yang WAJIB dilaksanakan adalah : -
  1. Menjaga KEBERSIHAN didalam kawasan aktiviti perniagan dan diluar termasuk dikawasan perumahan awam berhampiran aktiviti perniagan Uptown Danau Kota ini.
  2. Menjaga LALULINTAS agar tidak menjadi sesak terutama diwaktu waktu punck diantara pukul 11 malam hingga kepada pukul 1 pagi, demi memberi keselesaan kepada penduduk sekitar.
  3. Menjaga PARKING pengunjung yang datang agar tidak meletakkan kenderaan dihadapan rumah penduduk dikawasan yang berdekatan.

Untuk aktiviti perniagaan yang dijalankan sebanyak 6 hari seminggu, 333 penjaja berlesen di Uptown danau Kota  telah bersetuju memberi UPAH. kepada penganjur Ahmad Selamat bagi menyelenggarakan 3 perkara UTAMA seperti yang tersebut diatas sebanyak RM 1.5 juta setahun yang bermula dari tahun 2007. Untuk melihat carta kutipan setahun yang dibuat oleh 333 penjaja kepada penganjur sila kelik disini.



Pada peringkat permulaan penganjur menjalankan tanggungjawabnya dengan tertib dan tiada sebarang kritik daripada mana mana pihak tentang perjalanan aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini. Apabila penganjur Ahmad Selamat telah mula leka dengan tanggung jawabnya keatas 3 prkara diatas, kritikan daripada penduduk telah mula sampai kepada pihak DBKL, anda boleh kelik disini


Sungutan daripada penduduk yang ditujukan kepada DBKL terus disalurkan kepada Media oleh mereka (Penduduk) yang tidak puas hati dengan penyelenggaraan Uptown Danau Kota sehingga menyebabkan keadaan menjadi tidak selesa untuk mereka yang tinggal dikawasan yang berdekatan. Anda boleh kelik disini dan lihat bentuk aduan mereka.

Walaupun pekara ini telah disalurkan beberapa kali kepada Media, namun penganjur Ahmad Selamat tetap tidak mengambil sebarang langkah untuk mengatasi masalah ini. Oleh yang demikian satu lagi aduan telah dibuat oleh penduduk kepada media mengenai masalah yang sama, anda boleh kelik disini. 


Tembelang penganjur Ahmad Selamat akhirnya terbongkar, apa bila didapati beliau langsung tidak menggunakan walau sesen pun kutipan RM 1.5 juta daripada 333 penjaja pada setiap tahun untuk penyelenggaraan keatas Uptown Danau Kota. Bukti ini anda boleh lihat dengan kelik disini.

Terdapat satu lagi bukti yang menunjukkan dengan jelas, bahawa penganjur Ahmad bin Selamat ini langsung tidak berminat untuk memberikan keselesaan kepada penduduk sekitar terutamanya didalam pengendalian traffic kelaluan masuk dan keluar kekawasan kediaman penduduk sekitar. Ini terbukti dalam kenyataan beliau di Sinar Harian yang bertarikh 3 Feb 2012 dan anda boleh kelik dsini.


DIYAKINI TERDAPAT UNSUR RASUAH 

Dalam keadaan masalah dengan penduduk masih lagi belum diselesaikan, pihak DBKL telah menghantar surat pekeliling dengan menaikan kadar CAJ PERHIDMATAN daripada RM 150 kepada RM 300. Surat pekeliling yang diedarkan kepada penjaja ini telah ditandatangani oleh pegawai DBKL dari GRED N32 dan anda boleh melihatnya dan kelik disini. 


Penganjur Ahmad Selamat tetap berkeras untuk menaikan kdar UPAHNYA bagi menjalankan 3 TUGASAN UTAMA sebagai mana yang dinyatakan diatas, dengan alasan TIDAK MAMPU UNTUK MEMBUAT 3 TUGASAN diatas dengan kadar UPAH RM 1.5 JUTA setahun, walau pun ditentang keras oleh penjaja. Ini terbukti dan anda boleh kelik disini. Perhatikan dirangkap 9.


Disini dapat kita saksikan bahawa penganjur Ahmad Selamat ini secara terbuka telah menyatakan beliau TIDAK MAMPU untuk menjadi penganjur Uptown Danau Kota dengan kadar UPAH LAMA, jadi seharusnya pihak DBKL memberi ruang kepada penganjur lain atau membuka TENDER kepada pihak luar ataupun menyerahkan penganjuran Uptown Danau Kota kepada Persatuan Penduduk Taman Setapak Indah  sebagai penganjur kepada Uptown Danau Kota ini.

Pihak DBKL terus memberikan sokongan terhadap penganjur Ahmad Selamat dan terbukti didalam majlis dialog yang dikira GAGAL mendapat sokongan daripada penjaja, sekali lagi pegawai DBKL GRED N32 telah mencampuri urusan penjaja dengan penganjur dengan MAELETAKAN KADAR CAJ PERHIDMATAN kepada RM 230. Anda boleh kelik disini.


Ekoran daripada ini, ramai dari kalangan penjaja yang tidak membayar Caj Perhidmatan ( UPAH KEPADA PENGANJUR ) sebagai tanda PROTES keatas tindakan penganjur yang disokong kuat oleh pihak DBKL. Hasil daripada tindakan penjaja ini, Jabatan Pemudahcara Perniagaan Dan Pengurusan Penjaja DBKL telah memberi PENEKANAN YANG HEBAT dengan mengeruarkan SYARAT BARU terhadap penjaja penjaja Uptown Danau Kota untuk memperbaharui lesen dan anda boleh kelik disini.


Kegagalan penganjur Ahmad Selamat yang disokong kuat oleh pihak DBKL telah memberikan masalah besar kepada 333 penjaja berlesen Uptown Danau Kota, sehingga disekat waktu perniagaan kepada 5 hari seminggu, yang mana telah menjejaskan teruk pendapat penjaja disini. Ketua Pengarah DBKL Dato' Hj Salleh perlu menangani segera masalah ini demi memulihkan nama baik DBKL yang duduk dibawah pentadbiranya.

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "

Sekian Terima Kasih.

KRITIKAN DARIPADA PENDUDUK

PUNCA KRITIKAN DARIPADA PENDUDUK
SEHINGGA PENUTUPAN 2 HARI PADA SETIAP
MINGGU AKTIVITI PERNIAGAAN 
DI UPTOWN DANAU KOTA

Kritikan daripada penduduk sehingga membawa kepada penutupan 2 hari keatas aktiviti perniagaan di Uptown Danau Kota ini adalah berpunca daripada kegagalan pihak Penganjur menjalankan tanggung jawab keatas perananya sebagai penganjur disini terutama mengendalikan TRAFIK disekitar kawasan Uptown ini.Kegagalan ini telah menyebabkan cemohan daripada penduduk disekitar kawasan yang mana menghadapi kesesakan untuk pulang kerumah.

Kegagalan Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat dapat dilihat dengan jelas didalam CARTA YANG DIPAMIRKAN DIBAWAHbahawa beliau terlalu berjimat sehingga langsung tidak  mengunakan kewangan didalam mengendalikan Uptown Danau Kota ini. 

10) PENYATA KEWANGAN UNTUK 
TAHUN 2008

Disini jelas dapat disaksikan bahawa segala kutipan daripada Uptown Danau Kota yang berjumlah RM1,540,800,00 (1.5 JUTA)hanya dinyatakan berjumlah RM22,300,00 sahaja didalam penyata kewanganya,sementara lengsung tidak menggunakan kewanganya didalam menyelenggarakan Uptown Danau Kota.Lebih buruk lagi apabila beliau telah meletakan LEBIHAN (PENGURANGAN) DARI PERBELENJAAN SEMASA SEBANYAK RM5,255,58.Jadi tidak hairanlah kritikan daripada penduduk mengenai permasalahan di Uptown ini menjadi ISU DI PARLIMEN yang dibawa oleh WEE CHOO KEONG,kerana disebabkan penganjur ini langsung tidak mengambil tahu mengenai pengurusan di Uptown ini dan AKHIRNYA PENJAJA MENJADI MANGSA.

11)PENYATA KEWANGAN PENGANJUR UNTUK 
TAHUN 2009 
Didalam penyata kewangan untuk tahun 2009 juga adalah didapati sama dengan penyata kewangan untuk tahun 2008,Rm1.5 Juta kutipan daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota tidak dinyatakan.

12) PENYATA KIRA KIRA KEWANGAN UNTUK 
TAHUN 2010
Jika diteliti daripada 3 penyata kewangan Penganjur Uptown ini ternyata ketiga tiga penyata kewangan ini tidak menyebut RM1.5 Juta jumlah kutipan yang diperoleh daripada penjaja penjaja Uptown Danau Kota.Dalam pada itu Penganjur Uptown Ahmad bin Selamat juga tidak menyatakan jumlah wang yang dikeluarkan untuk penyelenggaraan Uptown Danau Kota.Akibat daripada ini telah menyebabkan penjaja menjadi mangsa akibat tekanan daripada pihak penduduk sekeliling kepada DBKL.Akibat daripada tekanan ini aktiviti perniagaan disini telah dikurangkan sebanyak 2 hari pada setiap minggu.

Dari segi kedua PEMERIKSA KIRA KIRA penganjur ini pula telah MENANDATANGANI dan memperakui akan kebenaran mengenai penyata kewangan penganjur ini yang dipercayai bersifat PEMBOHONGAN.

PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN AKAN TERUS MEMAPARKAN BUKTI SALAHLAKU PENGANJUR UPTOWN BERSAMA DENGAN SEKUTUNYA DIDALAM MISI MEREKA MELAKUKAN PENINDASAN KEATAS PENJAJA PENJAJA DISINI DARI MASA KESEMASA UNTUK TATAPAN UMUM. 

Selasa, 3 Julai 2012

PEMBOHONGAN PENGANJUR UPTOWN DIDALAM HARIAN SINAR


PEMBOHONGAN PENGANJUR UPTOWN DANAU KOTA DIDALAM KENYATAANYA 
DI AKHBAR SINAR HARIAN YANG BERTARIKH 3 FEBRUARY 2012.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari Blog ini. Halaman ini akan membongkar satu PEMBOHONGAN yang dibuat oleh Penganjur Uptown Danau Kota Iaitu En Ahmad bin Selamat kepada kepada Sinar Harian untuk tatapan umum.


Penjganjur Uptown Danau Kota En Ahmad bin Selamat ( Seperti didalam gambar diatas duduk dibarisan hadapan no 3 dari kanan) telah membuat kenyataan BOHONGNYA  didalam akhbar Sinar Harian yang bertarikh 3 February 2012.

Walaupun kenyataan yang dibuat oleh Pennganjur ini telah berlalu lebih dari 4 bulan yang lalu, namun ianya tetap satu PEMBOHONGAN dan perlu didedahkan untuk penilaian umum. Pembohongan Penganjur ini akan dibuktikan satu persatu didalam Blog ini melalui segala dokument yang datang dari beliau sendiri.

Segala bukti pembohongan ini akan dihubungkan dengan satu pautan dihalam Blog ini dan anda hanya cuma klik sahaja kepada pautan yang telah dibuat.

1) KOTAK MERAH NO 1

                                                                                                              
Larangan Penganjur Ahmad Selamat kepada pihak luar berhubung dengan Uptown Danau Kota adalah satu kenyataan dari seorang penganjur yang TIDAK CERDIK dan secara jelas menunjukan kepada umum bahawa beliau adalah seorang penganjur yang bersikap KUKU BESI, sedangkan perundangan dinegara kita tidak pernah melarang RAKYATNYA BERPESATUAN. Kerajaan negara Malaysia juga tidak pernah melarang sesebuah badan NGO untuk membuat pembelaan keatas mana mana pihak yang ditindas. 

Kenyataan Ahmad Selamat diatas adalah semata mata untuk memudahkan beliau bersama sekutunya berterusan menjalankan aktiviti PENINDASAN mereka terhadap 333 penjaja yang berlesen di Uptown Danau Kota ini. Kenyataan beliau bahawa Persatuan yang di pengerusikan oleh beliau ini adalah dilantik oleh DBKL dan diminta menghormatinya. 

Berdasarkan daripada fahaman ini maka beliau telah melakukan berbagai bagai salah laku terhadap 333 penjaja di Uptown Danau Kota. Ini terbukti disini dan sila kelik. Anda boleh melihat didalam pekara 1, 2, 3,6, 10, 11, 14. 15, 23, 26, 31 dan 49. Anda juga boleh kelik disini dan lihat didalam pekara 1, 2, 3, 4, 9, 10, 11 dan 12, satu lagi bukti anda boleh kelik disini, dan satu lagi bukti anda boleh pergi kelik disini.

Setelah anda melihat dengan mata kepala anda bukti dalam bentuk surat yang didatangi sendiri oleh penganjur Ahmad Selamat ini apakah anda mampu untuk menghormati penganjur ini ??? Pihak atasan DBKL perlu MENCELIKAN mata mereka dalam pekara ini.

2) KOTAK MERAH NO 2


Dakwaan penganjur didalam pekara yang kedua diatas adalah tidak benar sama sekali. Jumlah kutipan Rm 1.5 juta cuba kelik disini dan cari dalam pekara 8, yang mana selama 6 tahun penganjur telah membuat kutipan  berjumlah Rm 9 juta, apakah bentuk kebajikan yang disalurkan oleh penganjur kepada 333 penjaja disini ??? 

Dalam jangka masa 6 tahun penganjur ini menerajui Uptown Danau Kota dengan jumlah kutipan secara kasar Rm 9 juta, seharusnya sebuah Koperasi untuk penjaja telah ditubuhkan. Memandangkan 98% daripada penjaja disini adalah menjalankan kegiatan perniagaan secara sepenuh masa seharusnya pihak penganjur menyediakan Insuran terhadap mereka. Penganjur yang benar benar menjaga kepentingan penjaja seharusnya menyediakan satu tabung kecemasan untuk 333 penjaja yang menjalankan aktiviti disini dan banyak lagi yang boleh disediakan oleh penganjur, jika benarlah beliau Ahmad Selamat ini adalah penganjur yang perihatin terhadap kebajikan penjaja sebagai mana yang didakwanya diatas. 

Fakta kenyataan bahawa penganjur Ahmad Selamat tidak menjaga kebajikan ini ditambahkan dengan bukti seperti ini. Sila kelik disini, dan cari dalam pekara 4. Anda juga boleh melihat dsini, kelik sini dan anda juga boleh kelik disini.

Kesimpulan dakwaan penganjur Ahmad Selamat tidak memainkan peranan sebagai penganjur dan sekalu gus gagal adalah memang benar dan berasas.

3) KOTAK MERAH NO 3


Penganjur Ahmad Selamat sering kali membuat kenyataan yang MEMPERBODOHKAN dirinya sendiri. Kenyataan diatas adalah satu kenyataan yang boleh dianggap kelakar dari seorang yang bergelar penganjur dan diiktiraf oleh DBKL.

Persoalan dari kenyataan beliau diatas dalam bentuk apakah promosi mengenai Uptown Danau Kota dibuat sampai keluar Negara ??? Apa yang kita lihat terbukti dalam Negara pun tiada. Sebagai contoh pernahkah anda terjumpa atau melihat pamphlet atau brochure mengenai Uptown Danau Kota dimana mana tempat pelancungan didalam Negeri atau pun dihotel hotel ???

Adapun bentuk promosi yang boleh kita lihat didalam laman sosial Facebook anda boleh kelik disini yang mana sebagai anda lihat last update pada 23 November 2011 dan terkini update pada 3 Jun 2012, apakah ini yang dimaksud promosi sampai keluar Negara ???

4) KOTAK MERAH NO 4


Dalam kenyataan penganjur Ahmad Selamat diatas kemungkinan beliau menyangkakan bahawa Akhbar Sinar Harian ini dipasarkan di Negara Konggo, yang mana orang orang disana tidak mengetahui dan melihat keadaan sepanjang malam di Uptown Danau Kota ini. Jika benar sebagaimana apa yang dinyatakan oleh beliau seperti diatas, kehadiran pengunjung mencecah kepada 5 ribu hingga 30 ribu pengunjung sepanjang malam, dipercayai laluan masuk ke Uptown Danau Kota sejauh 1 KM lagi telah mengalami kesesakan.

Ahmad Selamat berkata, penganjur telah menjalankan tugas dengan baik adalah tidak benar. Dari segi keselamatan sememangnya Uptown Danau Kota adalah kawasan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang selamat untuk dikunjungi.

Dari segi kebersihan jika anda mengunjungi Uptown Danau Kota pernahkah anda terlihat atau melihat dimanakah lokasi TONG SAMPAH ??? Ini juga dapat dibuktikan dengan aduan penduduk sekitar mengenai sampah yang bertaburan daripada pengunjung Uptown Danau Kota dan sebagai bukti KEGAGALAN PENGANJUR menjalankan tanggung jawabnya. Anda boleh kelik disini.

Dari segi kesesakan sememangnya tiada pemantauan trafik yang dibuat. Ahmad Selamat hanya meletakan KUN sebagai pemantau trafik, ini terbukti jika anda mengunjungi Uptown Danau Kota anda akan melihat KUN disusun ditepi laluan masuk ke Uptown ini yang kononya berfungsi sebagai PENCEGAH KESESAKAN. Akibat daripada ini kesesakan yang amat sangat akan berlaku pada waktu puncak dari pukul 11 malam hingga ke pukul 1 pagi. Pekara ini telah menyebabkan kewujudan Uptown Danau Kota tidak disenangi oleh penduduk sekitar dan 333 penjaja menjadi mangsa dengan waktu perniagaan telah disekat kepada 5 hari seminggu. Penganjur lepas tangan.

5) KOTAK BIRU NO 1


Kesesakan yang berlaku sepanjang aktiviti ini adalah sementara dan akan kembali pulih selepas 6 jam waktu aktiviti ini dijalankan, adalah satu kenyataan daripada seorang penganjur yang tidak bertanggung jawab keatas sensitivity penduduk sekitar. Sebagai penganjur yang betanggung jawab masalah ini perlu menjadi keutamaan untuk diatasi.

Penganjur yang akur dengan kehendak DBKL adalah benar kerana segala aktiviti PENIDASAN keatas 333 penjaja di Uptown Danau Kota ini telah disokong oleh JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL. Ini dapat dibuktikan kepada anda dengan kelik disini dan lihat didalam pekara 2 menjual canopy dengan harga 3 x ganda, pekara 3, pekara 4 pegawai N32 dari DBKL menaikan kadar caj perhidmatan kepada Rm 300, pekara 14 dalam mesyuarat yang tidak sah sekali lagi pegawai N32 DBKL menetapkan Rm 230 sebagai caj perhidmatan untuk penganjur, dalam pekara 15. pekara 23 dan pekara 31 segala surat ugutan yang telah di SK kepada pegawai DBKL tiada mendapat bantahan daripada pihak DBKL.

Anda juga boleh pergi kehalaman ini kelik disini dan lihat dalam pekara 2 dan 3, segala surat UGUTAN semua di salinan kepada pegawai DBKL dengan tidak mendapat tegahan daripada pihak DBKL. dalam pekara 4, sampaikan kutipan JAMBAN pun DBKL setuju untuk penganjur ini jadikan sumber pendapatan. Dalam pekara 5 juga DBKL bersama penganjur ingin menjadikan satu sumber pendapatan.

Kelik disini lagi bukti bukti yang mana pihak DBKL telah seiring menyokong aktiviti penindasan oleh penganjur terhadap 333 penjaja disini.

Dengan segala bukti yang ditunjukan tadi sememang logik pihak penganjur Ahmad Selamat ini AKUR dengan segala KEHENDAK (diharap tidak ada RASUAH)  pihak JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA DBKL.


Menyentuh soal cuti 2 hari yang ditetapkan oleh DBKL penganjur Ahmad Selamat ini menyatakan beliau juga turut akur. Dari sudut pihak penganjur kehendak dan ketetapan daripada DBKL mengenai pekara ini adalah menjadi satu keselesaan bagi penganjur dengan cuti 2 hari, kerana ini tidak memjejaskan pendapatan penganjur. Sebaliknya ketetapan ini telah memberikan keuntungan kepada pihak penganjur Ahmad Selamat, kerana dapat mengurangkan KOS PENYELENGGARAAN 8 hari sebulan.

6) KOTAK BIRU NO 2


Saranan penganjur Ahmad Selamat agar peniaga dan penjaja patuh dengan segala arahan, telah menampakan seolah olah penganjur ini BERTEPUK TANGAN dengan kejayaan beliau MEMPERBODOHKAN kakitangan DBKL terutamanya di  JABATAN PEMUDAHCARA PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN PENJAJA.

Dengan segala kenyataan yang telah kami pamirkan disini, jika penganjur Ahmad Selamat menyangkali dengan segala fakta dan bukti yang ada, PERSATUAN PENIAGA PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA MENCABAR penganjur iaitu Ahmad Selamat untuk diadakan DEBAT.

Sekian Terima Kasih

" PERJUANGAN IKHLAS NADI KEJAYAAN "